Anniversary Ke-7, Suami Hadiahkan Tya Arifin Kereta Tesla

Share

Suami kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin, Asyraf Khalid membuat kejutan dengan menghadiahi isterinya sebuah kereta elektrik jenama Tesla bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7.

Menurut Asyraf, sehingga saat ini, dia amat mengagumi dan masih lagi jatuh hati dengan keperibadian isterinya itu.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-7. Alhamdulilah sudah tujuh tahun kita mendirikan rumah tangga tapi saya masih lagi terpesona dengan kecantikan, budi pekerti, kerja keras dan dedikasi terhadap perkara yang kamu lakukan,” tulisnya.

Video kejutan tersebut dikongsikan sendiri oleh anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu menerusi laman Instagram dan saluran Youtube The Tya’s Family.

Tambah Asyraf, hadiah ini juga sebagai tanda terima kasihnya kepada Tya kerana tidak henti-henti menyokong segala apa yang dilakukannya selama ini.

“Terima kasih kerana kerana menyayangi saya walaupun dengan segala kekurangan saya dan sentiasa menyokong saya setiap hari. Saya tahu saya tidak akan dapat menjadi seperti sekarang tanpa sokongan dan kepercayaan awak.

“InsyaAllah, kita akan melalui lebih banyak detik-detik berharga dan cabaran dalam hidup. Saya akan buat selagi mampu untuk merialilasikan mimpi-mimpi kita.

“I love you dan saya harap awak suka hadiah ini,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga pada November 2015.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tya Arifin

Published by
Aizam Manaf