Anak kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim, Muhammad Dhanial, 29, akan merindui bebelan arwah bapa buat selama-lamanya.
Menurut Dhanial, ayahnya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung juga selalu mengingatkannya agar tidak terlalu kerap makanan berasaskan perut.
“Antara ‘bebelannya’, dia selalu pesan kepada saya supaya jangan makan perut banyak sangat memandangkan dalam keluarga memang mewarisi sakit jantung,” katanya.
Ketika ditanya mengenai rancangan pernikahannya yang sepatutnya turut dihadiri oleh arwah bapa, Dhanial tidak dapat menahan sebak sambil akui persiapan sudah pun giat dilakukan.
“Semuanya dah disiapkan (tiket penerbangan ke Tawau dan pakaian).
“Dia sempat berjumpa tunang saya, cuma tak sempat berjumpa keluarganya yang menetap di Tawau,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai hari-hari terakhir bersama, Dhanial memaklumkan bapanya ingin lakukan aktiviti sendiri, berbeza kerana sebelum ini, Ridzuan memerlukan bantuan sokongan untuk bergerak.
“Sebelum ini, dia memang akan minta bantuan saya kalau nak bangun atau buat apa-apa. Tapi, minggu terakhir ini, dia nak buat semuanya sendiri.
Ads
“Pagi tadi misalnya, dia macam susah nak bangun. Selalunya, dia yang bangun paling awal. Jadi, bila saya kejut dia sekitar jam 7 pagi dan dia belum bangun, saya siapkan sarapan.
“Lebih kurang jam 11 pagi, kami bersarapan bersama dan ketika itulah dia terjatuh dan tak sedarkan diri,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan berita pemergian pelakon yang turut aktif bergelar model itu selepas disahkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias.
Ads
Selain Dhanial, perkahwinan Ridzuan dan Didie dikurniakan empat cahaya mata lain sebelum berpisah pada tahun 2002.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengakui ada ahli keluarga mereka masih belum menatap wajah anak kedua, Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.
Menurut Awal, perancangan untuk memperkenalkan Lyla kepada ahli keluarga yang lain tidak kesampaian apabila perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi dikuat kuasakan bermula 10 Mei lalu.
“Ketika melahirkan Lyla, SOP sangat ketat. Ibu serta ahli keluarga lain tak dapat datang. Jadi mereka mengharapkan ketika hari rayalah mungkin dapat tatap wajah ahli keluarga baru kami.
“Malah selepas beberapa hari Lyla dilahirkan pun saya tak beri tetamu datang, saya kata nantilah dulu. Bimbang andai ada apa-apa berlaku sebab kita ada anak kecilkan. Raya nanti insya-Allah dapat jumpa.
“Jadi saya sudah fikirlah untuk ziarah ke rumah nenek, saling berkumpul ketika itu. Rupa-rupanya hampa.
“Macam Scha lagilah, abangnya menetap di Johor dan adik pula di Australia. Memang tak dapat jumpa memandangkan sebelum ini kami akan berkumpul setiap kali sambut raya saja,” kata Awal.
Mereka ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Amina Food di Cookhouse, TTDI Damansara, awal Mei lalu.
Scha bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku adalah yang terbaik demi kesejahteraan keluarga dan penjagaan kesihatan bayi yang baru dilahirkan.
“Ahli keluarga saya yang lain pun tak jumpa lagi Lyla. Tapi nak buat macam mana kan.
“Kalau kita nak berjumpa sekali pun, mungkin akan datangkan kemudaratan buat anak kecil kami.
“Sebaiknya, kami sekeluarga buat apa yang termampu, misalnya berhubung menerusi media sosial dan sebagainya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Scha, Awal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan, Dr. Erin ada berkongsi situasi saat dirinya dijaga si suami ketika sedang sakit.
Terdahulu, usahawan dan pengamal kesihatan ini turut memberi pandangannya mengenai hubungan persabahatan.
“Yang paling bermakna dalam kejadian ini adalah Allah nak tunjukkan sesuatu. Kita dalam hidup dengan kawan-kawan ni kena belajar berlebih kurang tolak ansur. Jangan berkira, kalau kawan kita kurang kot tu kita tolong kot ni.
“Kalau kawan kita lebih kita tumpang happy sama. Kalau ada error kat mana-mana bawa bincang elok-elok.
“Kalau kita pilih jalan susah memang susahlah ending dia, kalau kita pilih jalan mudah semua orang mudah walaupun akan ada yang kalah tapi tak mengapalah, dah Allah izin jadi lagu tu. So jadilah.
“Pendek kata dalam mengenal erti persahabatan, keyakinan kita pada takdir walaupun nak putus urat perut ni. I will alwayas be by your side my beloved friends. Moga kita sama-sama di dunia dan juga di syukrgaMu nanti, amin,” maklum Dr.Erin.
Pada masa sama, wanita yang memiliki lapan cahaya mata ini turut akui suaminya seorang yang penyabar kerana menjaganya dengan 24 jam makan bersuap saat tak sihat.
“Be strong my dear. InsyaAllah, Dia ada melihat kebenaran tak lama lagi je akan nampak. Yang patut nampak dah nampak cuma nak zahirkan saja.
“Sabar banyak-banyak pada semua yang terlibat ya. Jangan kita sibuk cari salah orang. Cuba ambil positif side Allah bagi jadi macam tu sebab Allah sayang kita nak hapuskan dosa-dosa kita.
“Kalau mati pun dapat matike sana ke mari. Allah baru bagi balik kekuatan pegang telefon bimbit.
“Best juga sakit suami jaga macam baby. 24 jam makan bersuap. Sabar betul zaujku ini,” tulisnya panjang lebar.
Dr. Erin bagaimanapun tidak pula memberikan perincian mengenai sakit yang dialami.
Foto: Instagram Dr. Erin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Kamal Adli yang telah pun selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz.
Majlis di langsungkan di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Sementara Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir pada majlis yang diadakan seawal jam 7.30 pagi itu.
Pasangan raja sehari mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun dan mereka kemudiannya diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.
Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional rekaan Rizman Ruzaini.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Detik bersejarah penyatuan dua bintang ini juga bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Selain itu, sebarang berita terkini mengenai liputan majlis tersebut juga boleh diikuti di portal Gempak dan tanda pagar rasmi #KamalXUqasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...