“Antara Berpuluh-Puluh Video Dari Suami, Ini Membuat Hati Saya Sebak,”- Datin Fouziah Gous

Share

Berasa terharu dan sebak, itulah yang dirasai pelakon dan hos, Fouziah Gous apabila melihat rakaman video yang dikongsi oleh suaminya saat di tanah suci Mekah.

Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous meluahkan rasa terharu dan sebak bersama pengikutnya di laman Instagram miliknya.

“Sorry sayang I know video ini untuk family. Tapi I nak juga share dengan my beloved followers and one for my album . Antara berpuluh2 video Dari suami, ini membuat hati saya sebak.

“How lucky u are sayang. Duduk dekat Raudhah lebih sejam, dapat baca Quran, doa Dan solat.

“Syukur atas rezeki besar ini.. hebat rancangan Allah untuk mu, baca Quran Di Raudhah Di hari Nuzul Quran.

“I jarang nak share semua video yg ada, tapi ini khas untuk anda yg Tak pernah tengok Raudhah dan juga Di mana tempat Bilal. Sebab saya pun tak pernah lagi tengok dimana tempat Bilal .. masyaAllah … @zhafyusof#madinah #masjidnabawi”tulisnya.

Dalam pada itu, peminat juga turut berasa sebak dan sedih apabila menonton rakaman video yang dikongsi oleh pelakon yang berusia 36 tahun itu.

Untuk rekod, Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mohd. Zafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Foto : Instagram Fouziah Gous

Published by
Nazar Rafiqhi