Satu perkongsian resipi Udang Nestum yang dimuat naik oleh pihak pengurusan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah di Instagram menjentik rasa rindu di kalangan para peminatnya.

Hidangan yang disediakan lengkap dengan humor dalam loghat Terengganu daripada arwah itu merupakan antara video terakhir yang disediakan bersama ibu tiri, Siti Fatimah Suberi.

“Antara video-video terakhir yang kami masak bersama sampai 5 menu dalam satu masa. Masa ni sehari sebelum arwah kena covid, excited sangat-sangat lahh.

“Sebenarnya kebanyakan menu yang kami masak bersama, saya yang sediakan segala bahan termasuk tukang rekod, bagi idea untuk masak apa dan semualah.

Ads

“InsyaAllah ada rezeki saya akan teruskan berkongsi menu resipi dari keluarga kami. Terima kasih pada yang hadiahkan Alfatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya.

“Antara Video Terakhir, Sehari Sebelum Arwah Kena Covid,” – Sedapnya Udang Nestum Allahyarhamah Siti Sarah “Antara Video Terakhir, Sehari Sebelum Arwah Kena Covid,” – Sedapnya Udang Nestum Allahyarhamah Siti Sarah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut sama menyatakan rasa rindu lantas menitipkan doa yang baik-baik buat arwah yang telah pergi mengadap Illahi.

Ads

Sehingga kini, video tersebut sudah pun menerima lebih 200,000 tontonan.

Ads

Terdahulu pada 9 Ogos lalu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyarhamah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI