Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu atas sambutan peminat terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Cindai yang sudah pun bersiaran sejak minggu lalu.
Mendukung watak sebagai wanita bipolar bernama Cindai, penyanyi Better Than You ini turut menyifatkan wataknya kali ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibawa.
Katanya kepada MH, banyak rujukan dan fokus perlu diberikan, sementelah ia banyak melibatkan mainan jiwa dan dalaman demi menyelami peranan sebagai Cindai.
“Jujurnya ia antara watak yang agak sukar untuk saya bawakan setakat ini. Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli, rasa tersisih dan sebagainya, tetapi juga perlu lalui satu fasa hidup yang berlainan pula pada zaman dewasanya.
“Jadi ia perlukan penjiwaan yang lebih tambahan lagi ia turut mengetengahkan isu bipolar yang saya rasa ia pernah terjadi kepada kebanyakan daripada kita. Malah ada di antaranya yang menghidapi gangguan ini tanpa sedar.
“Kesannya, lama-kelamaan ia akan jadi lebih teruk hingga mengancam nyawa andai tidak mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.
Ads
Pada masa sama, Ayda turut mengakui dia banyak melakukan rujukan dengan menonton video selain membawa informasi mengenai gangguan bipolar.
“Ada ketikanya saya menonton video menerusi YouTube selain membaca mengenainya. Bila difahami, ia sebenarnya ada dalam diri kita tinggal lagi ia serius atau pun tidak.
“Malah dalam kehidupan sehari-hari pelbagai tekanan yang dialami secara tak langsung juga mampu memberikan gangguan terhadap emosi. Bergantung kepada individu itu untuk bijak tangani atau sebaliknya.
Ads
“Boleh dikatakan, perasaan ini adalah seperti derita dalam senyap. Kalau tidak dirawat atau dikawal tak mustahil individu yang alami masalah ini akan melakukan hal yang bukan-bukan, termasuk cabut nyawa sendiri,” jelasnya lagi.
Gangguan bipolar adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara.
Hal tersebut berlaku apabila wujudnya kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami seseorang individu.
Ads
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Sementara itu, drama yang bersiaran selama 15 episod ini ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Selain Ayda, Cindai turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lalu, para peminat memuji imej yang dikongsi permaisuri hati kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj itu.
Malah, ada di antara mereka yang menyifatkan kecantikan itu akan lebih terserlah pabila mengenakan tudung.
Syamim yang juga pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 sebelum ini turut mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan, dirinya sudah bertahun-tahun tidak menjamah nasi.
Sebaliknya, dia lebih gemar mengalas perut dengan mengambil menu sihat lain seperti bijirin dan sayur-sayuran.
Foto: Instagram Syamim Farid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Azri Iskandar menjelaskan hubungan dia dan bekas isteri yang juga aktres, Ellie Suriaty baik meski mereka sudah pun berpisah.
Menurutnya menerusi laporan Gempak, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.
“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun.
“Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya.
Azri bagaimanapun memohon doa agar kehidupan mereka yang kini berasingan diberikan ruang dan ketenangan.
“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.
“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.
Hasil perkongsian hidup sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Sementara itu, Ellie dilihat turut berkongsi posting anak lelakinya menerusi Instagram yang antara lain menjelaskan mengenai perpisahan kedua orang tuanya.