“Antivaxx Yang Tumpas, Dah Tunaikan Tanggungjawab Aku,” – Aedy Asyraf Akhirnya Pilih Untuk Terima Suntikan Vaksin Walaupun…

Share

Pelakon, Aedy Asyraf mendedahkan dirinya telah pun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama pada Ahad.

Jelas Aedy, meskipun pada awalnya dia berasa amat berat hati untuk menjalani proses tersebut, namun dia akhirnya memutuskan untuk mengubah fikirannya itu.

Katanya lagi, dia sebenarnya bukanlah takut dengan kesan sampingan yang bakal dialaminya selepas divaksin sebaliknya Aedy mendedahkan dia sememangnya fobia dengan jarum.

“Antivaxx yang tumpas. Aku antivax bukan sebab apa pun sebenarnya, sebab takut jarum je. But yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku.

“Kepada yang takut jarum jugak tu aku paham perasaan korang, but dont worry, jarum dia pakai tu halus je gang, tak rasa pun,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Pemuja Kubur itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Malah, Aedy juga dilihat ada berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menerima suntikan vaksin.

Dikesempatan itu juga, Aedy turut menyeru kepada semua pihak yang mempunyai masalah sama sepertinya untuk mengetepikan perasaan fobia dan tunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat yang perihatin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut memuji usaha Aedy yang sanggup melawan perasaan fobianya itu.

“Saya takut jarum juga. Tape lepas tengok Aedy cucuk terus berani.

“Rupanya scene nak cucuk jarum dalam Projek: Anchor SPM tu takut real la.

“Kawan saya nak cucuk vaksin sebab dia tengok video ni. Bagus la Aedy ni tunjuk contoh yang baik,” antara komen-komen yang ditinggalkan di laman Instagram.

Sumbe: Instagram Aedy Asyraf

Published by
Aizam Manaf