Penyanyi terkenal, Anuar Zain mengesahkan dirinya bukan penyanyi yang bakal menggantikan anak saudaranya, Ernie Zakri bagi menyanyikan Boneka di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Pada masa sama, Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi setakat ini masih belum mendedahkan siapakah penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab terbabit.
Menurut Anuar, dia sendiri tidak tahu siapa yang bakal menggantikan Ernie, namun tidak menafikan lagu ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu sebagai sebuah naskhah yang baik.
“Boneka adalah lagu yang sangat menarik. Saya sendiri tak tahu siapa yang dipilih untuk menggantikan Ernie. Sejujurnya, kalau kami berjumpa, kami memang kurang bercakap soal kerja.
“Saya sendiri belum tahu siapa ganti, tetapi setakat ini bukan saya. Jika ada tawaran untuk ganti pun, saya tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya lagu Boneka itu sangat susah.
“Orang ingat lagu tu simple, tapi sukar sebenarnya. Saya sendiri berharap Ernie berjumpa dengan pengganti yang bagus,” katanya.
Ads
Anuar berkata demikian sebagai mengulas antara cadangan yang diberikan netizen mengenai penyanyi yang layak untuk menyanyikan lagu berkenaan itu di pentas AJL36.
Selain Anuar, nama kakaknya Ziana Zain turut disebut-sebut.
Ads
Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Keabadian Cinta ini ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.
Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.
“Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Ads
“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh
(MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.
Harga tiket bermula dari RM 230 hingga RM380. Untuk sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi penganjur atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Shaza Bae berkongsi detik cemas selepas kereta yang dipandu oleh pembantu peribadinya l terlibat di dalam kemalangan jalan raya malam tadi.
Menurut Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, kereta yang dipandu pembantu peribadinya itu dikatakan telah berlanggar dengan kereta Perodua Axia yang sebelum itu berpusing kerana dirempuh sebuah kereta jenis Ford Ranger.
“Kejadian semalam selepas pulang daripada penggambaran jam 9.59 malam di Bandar Baru Bangi. Sebuah kereta Ford dipandu sangat laju dan telah melanggar sebuah kereta Axia di hadapan kami.
“Kereta Axia itu berpusing dan telah melanggar kereta pembantu peribadi saya dan turut menyebabkan beberapa kemalangan. Empat buah kereta telah terlibat di dalam kemalangan ini.
“Kereta Axia tersebut dipandu oleh seorang wanita hamil. Kami juga belum tahu status terkininya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh juara Dewi Remaja 2019 itu menerusi hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Shaza mendakwa pemandu kereta Ford Ranger itu dikatakan memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Pemandu kereta Ford tersebut rupa-rupanya dalam keadaan mabuk. Saya mungkin boleh mati semalam tapi Allah maha Pelindung.
“Moral daripada kisah ini, janganlah memandu jika anda dalam keadaan mabuk. Bertanggungjawablah ketika ingin memandu. Jangan ragut nyawa insan tidak bersalah,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa risau selain turut berharap agar Shaza dan pembantunya berada dalam keadaan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Harith Iskander berkongsi carta kes jangkitan Covid-19 yang sedang melanda satu dunia dan dilihat Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan kes paling tinggi dalam hanya dua minggu.
Dilihat pada 10 Mac, Amerika Syarikat mula mencatatkan angka ke-1000 bagi kes jangkitan Covid-19 dan angka terus meningkat secara drastik sehingga mencecah 100,000 kes dalam hanya 17 hari. Dan sehingga ke hari ini, kes wabak di negara maju itu mencecah lebih 276,000 dengan jumlah kematian lebih 7000.
Harith meluahkan kesyukuran di atas tindakan pantas kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang sekaligus mengekang penularan wabak menjadi lebih teruk.
“The Race to be No.1 is scary
Take note from March 18th when USA starts to shoot up in numbers – this is the day that our government called for the (seemingly drastic) MCO 😲 right now I am thankful and grateful. Terima kasih @kkmm_gov @kementeriankesihatanmalaysia @kementeriandalamnegeri
3 April, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah angka korban paling tinggi dunia sebanyak 1169 kes.
Terdahulu, Presiden, Donald Trump berkata pentadbirannya sedang mempertimbangkan beberapa larangan perjalanan domestik di antara kawasan dikategori zon merah di Amerika Syarikat untuk mengekang COVID-19.
Foto : Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG meninggalkan stesen radio Kool FM dan kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, pada Khamis.
Sebagai rakan penyampai, Rohaizah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Haiza meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan AG setelah 5 tahun berkerjasama.
Dalam pada itu, Haiza ada mengimbau momen sepanjang berkerjasama dengan AG sebelum ini menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“AG Sign Off From Kool FM Bila semua dah terungkai, saya orang yang paling sedih. Saya tau @heymuazkoolfm pun sama cuma dia tak tunjuk.
“Kita perempuan boleh la menangis, lelaki tak mungkin tunjuk.
“Perjalanan kami bertiga untuk AHM terhenti di sini. Moga sahabat saya @ag_azmeer terus terbang tinggi dan dapat membawa @hotfm976 lebih jauh. Kat sana dia akan dengar suara saya jugak sebab ada kembar suara saya @therealfafau.
“Terima kasih yang menyokong Ag&Haiza sampailah AHM (Ag.Haiza.Muaz) @koolfmmy #AHMKoolfm #completeeachother #aghaizamuaz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Haiza turut digandingkan dengan rakan penyampai Muaz selain AG untuk segmen Suara Semasa yang sebelum ini dikenali sebagai segmen Pagi Hari Di Kool (PHD).
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...