Pasangan pelakon Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim sepakat memberikan nama Petra Pekin buat anak sulung mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Perkara tersebut dikongsikan Mona Allen menerusi salah satu perkongsian yang dibuat menerusi Insta Stories baru-baru ini.
“Welcome home anakku… Petra Pekin Bin Mohd Iznan. Daddy & Mummy love you,” tulisnya.
Sementara itu menerusi platform sama, dia turut berkongsi momen proses bersalin sekaligus menyifatkan kehadiran rezeki zuriat sebagau anugerah yang paling indah.
“Anugerah terindah. Thank you DR Kam and her team at @andorrahospitalofficial, service terbaik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Memetik Pa&Ma, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim yang bersyukur atas kelahiran anak lelakinya bagaimanapun tidak menyangka Petra Pekin dilahirkan pada Hari Merdeka.
Ads
“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.
“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar, sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.
“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.
Ads
“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya yang turut memaklumkan isterinya bersalin secara normal.
Ketika ini, usahawan sensasi Sajat mengikuti kursus pengajian dandanan rambut di Labenon dan kini pengajiannya ke sana lebih bermakna apabila temannya, Coach Yin sanggup terbang jauh demi bertemu penyanyi Makhluk Penggoda itu.
Malah,Sajat turut berkongsi beberapa keping foto mereka berdua di sana.
Sementara antara salah satu posing bergambar di Instagram, ada merakamkan video mereka sedang menikmati makanan. Lalu, pasangan ini menerima komen pelbagai termasuk yang menyindir.
Apa yang berpandangan mereka sepatutnya makan di lokasi yang lebih bermakna kerana berada di luar negara memandangkan Yin turut berada di sana.
“Datang jauh-jauh makan starbucks je? Alahai… hahaha,” tanya seorang pengguna media sosial.
Lalu pertanyaan itu dijawab Sajat mengatakan tak guna kalau makan tempat mewah tapi rupanya meminjam.
“Ini maknanya bercinta biar bersahaja. Barulah terbaik! I tak kisah dia belanja kat mana pun, asalkan kami happy. Tak macam couple lain. Bercinta bukan main.
“Makan minum semua tempat have-have… pot pot pot. Rupanya kuat meminjam demi nak dating rare gitew. Yang penting Abe Yin sayang kita,” tulisnya.
Balasan tersebut juga merima macam-macam reaksi dari netizen.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) malam tadi mencuri perhatian netizen.
Mengenakan dress sarat perincian rekaan pereka Razman Razmi dalam rona merah jambu, aksesori kepala ‘ala toncet’ yang dikenakan penyanyi Ku Ikhlaskan itu nyata menerima reaksi pelbagai.
Siapa sangka, selepas dimahkotakan sebagai juara pertama America’s Next Top Model (ANTM) pada tahun 2003, kehidupan Adrianne Curry akan berubah sepenuhnya, bukan ke arah...