“Anugerah Terindah,” – Petra Pekin Nama Anak Sulung Pekin Ibrahim & Mona Allen

Share

Pasangan pelakon Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim sepakat memberikan nama Petra Pekin buat anak sulung mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.

Perkara tersebut dikongsikan Mona Allen menerusi salah satu perkongsian yang dibuat menerusi Insta Stories baru-baru ini.

“Welcome home anakku… Petra Pekin Bin Mohd Iznan. Daddy & Mummy love you,” tulisnya.

Sementara itu menerusi platform sama, dia turut berkongsi momen proses bersalin sekaligus menyifatkan kehadiran rezeki zuriat sebagau anugerah yang paling indah.

“Anugerah terindah. Thank you DR Kam and her team at @andorrahospitalofficial, service terbaik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Memetik Pa&Ma, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim yang bersyukur atas kelahiran anak lelakinya bagaimanapun tidak menyangka Petra Pekin dilahirkan pada Hari Merdeka.

“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.

“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar,  sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.

“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.

“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya yang turut memaklumkan isterinya bersalin secara normal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH