Pelakon Anzalna Nasir mengajak orang ramai mengumpul dana bagi membantu seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth yangmenghidapi tumor.
Mas Muhammad Luth atau Luth, 4, disahkan menghidap high grade glioma tahap empat iaitu sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala.
Penyakit ini juga merupakan antara penyakit paling jarang dijumpai di dalam dunia.
“Saya memang sudah mengenali Luth sejak kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih.
“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Anzalna juga mengenali ibu kepada Luth iaitu Hazirah yang juga merupakan teman rapatnya.
Hazirah yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak sudah banyak mengeluarkan wang simpanan untuk sesi rawatan sejak didiagnos pada 31 Januari lalu.
Ads
“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
“Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bawasanya kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.
“Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya lagi.
Anzalna pada masa sama berharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan di luar negara.
Ads
Terkini, keadaannya semakin lemah dan dia perlu segera di bawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini.
“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka.
“Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth,” katanya lagi.
Sementara itu, Anzlana menerusi Instagram turut menitipkan luahan susulan ujuan yang dihadapi kanak-kanak ini.
Ads
Menerusi perkongsian tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini memohon ramai untuk sama-sama meringankan beban dan mendoakan yang terbaik buat Luth.
Selepas dikecam gara-gara berkongsi foto hanya mengenakan kain batik dalam keadaan berkemban baru-baru ini, Nourul Depp memuat naik gambar anaknya di dalam bilik air pula.
Ulas penyanyi ini di ruangan kapsyen, tiada masalah bagi baginya untuk berkongsi gambar foto tanpa pakaian anak kecil kerana dia masih bayi kecil.
“Mama kami ambik gamabq dalam bilik ayaq; dalam bath tub; kami pun nak jugak lah! .
“Mak kami berkemban, kami topless: okay kot no.
“Yang ni memang lah okay #isabelladepp oi. Hang kecik lagi. Topless ka , bogey ka, semu okay. Sebab hang cute ahahhaha eh salah. Sebab baby lagi.
“Besaq esok dia tengok Ig gambaq dia macam ni, apa lah dia kata no,” tulisnya.
Pada masa sama, dia juga menerima nasihat agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar anak, bimbang menjadi konflik apabila besar nanti.
“Ada sahabat @gethealthy_coach berkata, kita dok post gambaq anak anak macam2 rupa. Esok dia besaq tengok gambaq dia tak okay, dia tak@izinkan; marah dia kat kita. Betui jugak doc!”
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya seorang penggemar kasut bertumit tinggi dan mempunyai koleksi yang banyak jika mahu dibandingkan dengan kasut tanpa tumit yang dimilikinya.
Malah akuinya kepada MH, dia juga sudah mulai mengenakan kasut bertumit seawal usia belasan tahun.
“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” seloroh Elfira.
Pada masa sama, apabila ditanya mengenai apa yang boleh diperkatakan mengenai kasut tinggi, bintang Kum Kum ini tidak menafikan rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut sedemikian.
“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif jenama kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bersama Neelofa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Neelofa ada pelawa saya untuk bersama-sama hadir memeriahkan pelancaran kerjasamanya bersama jenama kasut terbabit.
“Sebagai rakan, saya turut berbangga dengannya atas kolaborasi ini dan sebab itulah saya hadir untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Bapa kepada penyanyi dan pelakon Azza Elite iaitu Zawari Abdul Aziz, 71, meninggal dunia akibat masalah jantung di Hospital Batu Gajah, Perak, kira-kira jam 2 pagi Isnin.
Azza berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya beserta kapsyen, “Kullu nafsin dzaikatul maut… innalillahiwainnailahirojiun buat abah saya Allahyarham Zawari Abdul Aziz . Berbahagialah bertemu Allah, Abah. Noor sayang abah.”
“Abah macam tidur je, penat ya. Bersih wajah abah, abah rehat tau. Abah dalam jagaan Allah sentiasa.
“Di dunia dan akhirat, Allah ada untuk abah. Tutup rapat betul mata abah.
“Noor (Azza) hilang satu doa yang berkat dalam dunia… abah tolong doa dari syurga okay untuk Noor,” tulis Azza.
Rakan artis turut menyampaikan salam takziah buat Azza dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Salam takziah bebiku. Semoga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan di syurga firdaus,” titip Emelda Rosemila.
“Innalillahiwainnailaihirojiun . Salam Takziah buat kakak sekeluarga. Al Fatihah,” tulis Eira Syazira.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...