“Apa Abam Nak Buat Dengan Artis Lupa Diri Macam Ni?” – Pengarah Nur Selar Sharifah Sakinah Isu Bayaran Promosi

Share

Memberi respon kepada kenyataan Sharifah Sakinah yang meluahkan kekecewaan setelah diminta memberi promosi secara percuma di laman sosial oleh sebuah portal berita, Shahrulezad mempersoal tindakan pelakon itu yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ulasnya, sebagai seorang pelakon, tidak salah sekiranya seorang dia mempromosikan hasil lakonan sendiri, tanpa perlu ada sebarang bayaran.

Kalau tanya abam. Apa salah nya kalau artis membantu sama mempromosi hasil lakonannya secara percuma. Artis yg ada follower yg ramai kena ingat tanpa TV mungkin anda tidak akan sepopular sekarang.

“Jangan pandang kat mana anda berada sekarang, cuba anda throwback zaman masa anda takder saper yg kenal dan tengah terkial kial mencari peluang berlakon di stesyen,” tulisnya.

Tegasnya, stesen televisyen banyak berjasa memperkenalkan selebriti sehingga mampu membina kerjaya dalam industri.

So jasa TV terhadap kejayaan anda mengumpul follower atau popularity tidak wajar dipandang remeh. Artis bukan lahir jer dlm industri terus dengan popularity yg mencanak. TV juga melainkan peranan dalam kejayaan karier anda sekarang.

“Kalau drama lakonan anda tinggi ratingnya hasil promosi percuma yg anda lakukan siapa yg untung kalau bukan artis tu sendiri.

“Follower juga makin bertambah begitu juga dengan peluang berlakon yg semakin mewah sbb anda tak berkira. So it’s consider a win win situation sebenarnya,”

ulasnya lagi.

Malah pengarah Nur ini turut menyelar tindakan segelintir pelakon yang seolah-olah lupa diri apabila telah diberi peluang dan berjaya mencipta nama.

Ini sekadar pendapat abam jer lah. Mungkin Kinah terlepas pandang tentang hal ni rasa abam. *Sama situasinya bila ada artis baru yg bertemu dgn abam, merayu rayu diberi peluang berlakon sebab dia tahu peluang tu sangat penting untuk dia. Tup tup bila dah diberi peluang. Nama dah ada. Follower dah makin mencanak.

“Bila production abam approach dia balik first perkataan yg keluar dari mulut dia ialah oh rate saya sekian sekian ribu. Take it or leave it. Manakala masa ko mula mula nak berlakon dulu.

“Wardrobe ko pun ko pinjam dgn aku sebab tak der budget nak beli baju. Haaaa… Ko ghaser? Apa abam nak buat dengan artis lupa diri macam ni? Hehehehe,” jelasnya panjang lebar.

Rata-rata netizen setuju dengan pandangan pengarah terkenal ini dan meninggalkan reaksi di ruangan komen.

Terdahulu Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal dan meminta pandangan pengikutnya sama ada perlukah dia mengenakan bayaran untuk tujuan promosi di Instagram miliknya.

Foto : Instagram Shahrulezad

Published by
Noraini Abd Wahab