Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menempelak seorang pengguna Instagram gara-gara meninggalkan komen seolah-olah menyindir mengenai pendapatnya berhubung pemberian vaksin terhadap kanak-kanak yang disiarkan menerusi satu portal hiburan baru-baru ini.
Jelas Ayu, anak-anaknya memang mempunyai daya tahan badan agak lemah dan perlu menunggu keputusan laporan kesihatan mereka sebelum menerima vaksinasi bagi mengekang penularan Covid-19.
“Dan anak saya memang anti-bodi dia lemah jadi kau nak cakap apa. Kalau jadi apa-apa kau nak tanggung ke? Nanti masing-masing cakap ini takdir kena terima. Sebelum jadi apa-apa saya buatlah ‘medical check up’ untuk anak-anak saya.
“Saya tengah tunggulah ni result dari doktor. Kalau okay saya cucuk. Kalau tak okay saya cucuk hidung kau,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama mendedahkan, apa yang dilakukan adalah sebagai ikhtiar dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
“Kalaulah awk jadi ibu atau bapa lepas ni, kalau orang cakap benda sama awk terkilan tak? Saya bukan anti atau tolak org yg tak ambik vaksin juga. Tapi ini sebagai ikhtiar saya untuk anak-anak.
“Kalau aku cakap ‘anak aku, suka hati akulah.Pun akan ada yang tak puas hati kan? Tak faham kadang setengah manusia ni. Kau nak apa sebenarnya!?,” tulisnya lagi.
Malah menerusi status berlainan, Ayu turut memuat naik tangkap layar komen lain iaitu ‘Beruk2 artis semua perangai macam ni ke.’