Apa Cara Nak Kasi Nampak ‘On Point’ Bila Selfie & Wefie Di Aidilfitri? Tak Perlu Risau, Ikut Jer Langkah Ini

Share

Bila tiba sahaja musim perayaan, perkara paling utama sekali bermain di fikiran adalah untuk memastikan diri menawan dan segak bergaya, lebih-lebih lagi apabila menghadiri majlis rumah terbuka.

Masakan tidak, nanti bila bertemu sanak-saudara atau rakan taulan, pasti akan ada masanya kalian merakam gambar beramai-ramai atau pun selfie dengan baju raya masing-masing.

Memperkenalkan HUAWEI siri Nova, Nova 4, yang memiliki kelebihan kamera selfie dengan resolusi tinggi 25MP Perfect Angle Selfie.

Sementara Nova 4e pula dilengkapi dengan kamera selfie dengan resolusi tinggi 32MP.

Jadi untuk menjadikan selfie anda lebih menarik dengan HUAWEI siri Nova, ini dia panduan mudah yang anda boleh guna pakai. Mudah saja langkahnya. Ikuti beberapa cara ini okay!

Mengetahui Sisi Terbaik

Foto: Instagram Emily Chan

Bila ingin mengambil selfie sendiri, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah dengan mengetahui sisi terbaik, barulah ‘meletup’ bila posing.

Sudut kiri dan kanan haruslah seimbang barulah selfie raya nampak lebih kemas. Usah lupa senyum bila selfie atau wefie nanti, barulah wajah berseri-seri.

Kelebihan AR Lens Feature

Sementara itu, sekiranya jika anda kurang senang dengan latar belakang persekitaran ketika mengambil selfie, jangan risau kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan AR Lens Feature.

Menariknya, anda boleh gantikan latar belakang tersebut dengan AR Background yang lebih interaktif bagi menjadikan gambar anda lebih kreatif dan menarik. Menarik bukan?

Sudut Pengcahayaan Yang Baik

Foto: Instagram Asna Ahmad

Sudut pengcahayaan yang baik juga merupakan antara faktor yang akan menjadikan gambar anda lawa serta jelas.

Misalnya pada sebelah malam pula, pastikan telefon anda juga mempunyai ciri Night Mode seperti yang dimiliki HUAWEI Nova 4 dan 4E.

Jadi, foto yang dirakam tidaklah kabur dan mencapai standard ‘Instagram Worthy’. Tiada istilah latar belakang gelap, contohnya bila bergambar saat bermain bunga api pada malam hari.

Electric Image Stabilization

Foto: Instagram Sazlan Mad Adnan

Pada masa sama, anda tidak terlepas daripada berdepan dengan situasi gambar bergegar, lebih-lebih bila wefie beramai-ramai. Foto dirakam tidak terkawal hingga menyebabkan ia ‘shaking’.

Selesaikannya bersama HUAWEI Nova 4 dan 4E kerana siri ini dilengkapi dengan Electric Image Stabilization. Jadi, gambar anda tidak akan bergegar lagi.

Lalu, tiada lagi malasah untuk mengambil selfie atau pun wefie dalam apa jua keadaan sekali meski dalam keadaan riuh menyambut lebaran.

Latar Belakang Juga Main Peranan

Selfie yang cantik bukan hanya tertumpu kepada anda semata-mata, sebaliknya latar belakang yang cantik juga perlu diambil kira.

Ciri HDR Selfie Mode Nova 4 dan 4e Mampu Menangani Situasi ‘Backlight’

Oleh itu, tidak perlulah korang terpusing-pusing untuk mencari sudut cahaya yang baik. Hanya posing dan rakamlah gambar, hasilnya foto tetap cantik serta jelas.

Pastikan Telefon Miliki Kamera Resolusi Tinggi

HUAWEI Nova 4 dan 4e masing-masing mempunyai resolusi 25MP dan 32MP.

Oleh yang demikian, gambar anda secara automatik akan menjadi terang tanpa perlu menggunakan bantuan LED Flash pun. Barulah semuanya beres di musim raya ini!

Sempena Hari Raya juga, dengan pembelian HUAWEI Nova 4 dan 4e, anda boleh dapatkan Huawei Band 3 bernilai RM239 secara PERCUMA (sementara stok masih ada). Untuk info lanjut, klik https://huawei-raya.com/.

Published by
Aizam Manaf