Mungkin orang ramai masih belum boleh move on lagi dengan majlis resepsi Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang berlangsung baru-baru ini bukan?

Yelah, penuh dengan kemeriahan siap Mawar buat persembahan tarian lagi.

“Apa Guna Bertudung Kalau Hati Hitam”- Raf Yaakob

Walaupun persembahan tarian itu dipuji, namun begitu ada juga segelintir netizen yang mengecam.

Terdapat segelintir pengikut Mawar telah meninggalkan pelbagai komen yang negatif di Instagramnya.

Terdahulu, MH ada mendapatkan Mawar dan katanya persembahan itu datang daripada dirinya sendiri kerana sememangnya dia memang suka menari sejak kecil lagi dan mengimpikan untuk menari di hari bahagianya.

Ads

BACA JUGA> ‘Sejak Dari Dulu Mawar Impikan Untuk Menari Di Majlis Resepsi’ – Mawar Rashid

Terbaru, Raf menerusi Instagramnya menyelar segelintir netizen yang suka mencari kesalahan orang lain. Yelah, sebagai seorang suami takkan suka isteri dikecam lebih-lebih lagi mengenai majlis perkahwinan mereka.

“Apa Guna Bertudung Kalau Hati Hitam”- Raf Yaakob

Ads

“Nilai lah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukan nya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak condemn and cari salah orang. “

 

 

“Playing god much? Who are we to judge seriously? Think about it. I rather be friends with someone yang hatinya bersih. If you have nothing nice to say, might as well you keep quiet.”

 

 

“Doakan yang baik-baik saja kan lebih afdal. Terpulanglah. Tepuk dada tanya selera.#MawaRaf is not here to please everyone. Salam Jumaat. ” Tulisnya di laman tersebut.

Namun, sejak ia dimuat naik ramai netizen yang memberi respons negatif terhadap kapsyennya kerana agak terasa dengan kenyataan Raf. Lebih lagi apabila Raf ada menyentuh soal tudung.

Sekali lagi mereka menjadi sasaran netizen untuk dikecam. Kesian pula pengantin baru ni…

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan ada juga yang berpendapat Raf seorang yang mudah melenting dan tidak boleh ditegur.

Ads

“Apa Guna Bertudung Kalau Hati Hitam”- Raf Yaakob

MH memahami situasi dan apa yang ingin Raf sampaikan. Benar kata dia, kadang-kadang penampilan kita tidak melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Raf sendiri terkejut apabila yang bertudung boleh juga boleh mengeluarkan perkataan kesat.

Malah MH juga harap para netizen juga mengambil hal ini sebagai ikhtibar dan pengajaran juga. Kadang-kadang bukan semua yang kita tengok tu teruk. Doakan yang baik-baik sahaja.

Buang yang keruh ambil yang jernih okay!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI