“Apa Jua Terjadi, Saya Sentiasa Mencintai Awak,”- Ucap Sufi Rashid Pada Isteri, Dibawa Naiki Helikopter Sempena Hari Jadi

Share

Mahu mengabadikan memori bersama suami tercinta, isteri kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Muhd Yusuf telah memberi kejutan istimewa buat suami sempena ulang tahun kelahiran ke-29 tahun.

Difahamkan, Ain telah membawa suaminya bersiar-siar melewati ruang udara sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah helikopter baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Sanggup itu di Instagramnya.

“Dari ketinggian 1500 kaki, ia adalah satu kejutan hari jadi dari isteri tercinta.

“Meski pelabagai cabaran dalam kehidupan yang kami lalui, kami tetap teruskan dan kami sebarkan kebahagian kepada orang di sekeliling kami.

“Kami telah melalui fasa kehidupan yang sukar tetapi kami tidak pernah sesekali toleh ke belakang. Kami percaya, itulah takdir. 

“Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Insyallah, walau apa jua yang terjadi, saya sentiasa mencintai awak. Thank you for the memorable surprise sayang,”tulisnya. 

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, memaparkan reaksi pasangan ini dilihat cukup gembira menaiki helikopter bersama.

Terdahulu, Sufi dan Ain bernikah pada 21 September tahun lalu di Malaysia, manakala seminggu kemudian mengadakan majlis di tempat kelahirannya, Singapura.

Foto: Instagram Sufi Rashid

Published by
MH