Penyanyi popular, Misha Omar ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Figura yang sinonim menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-38.
Lalu bintang asal Kelantan ini ada meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan olehNya.
“M I S H A O M A R, T I G A P U L U H L A P A N, H A R I I N I … Alhamdulillah, tiada kata secantik bahasa dpt menggambarkan betapa saya sgt bersyukur masih di sini meraikan hari ulangtahun bersama ahli keluarga, teman-teman yg setia menemani kak mitch di sepanjang kembara seni kak mitch selama ni.
Ads
“Kak Mitch percaya, apa jua yg kak mitch miliki pada hari ini berkat nya jua datang dari kalian yg selalu memberi pandangan yg baik, kata-kata yg baik dan mendoakan yg baik-baik juga untuk kak mitch sekeluarga.
“Terima kasih tau..cuma Allah saja mampu balas ingatan & kasih sayang kalian…kalian lah antara hadiah yg terbaik dalam hidup kak mitch…alhamdulillah..allah hu akbar!! terima kasih…..,” tulisnya.
Nama usahawan kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warga maya apabila dia didakwa sengaja memasukkan unsur lucah dalam iklan terbaharu produk tudung yang dimiliki oeh isterinya.
Video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu memperlihatkan Aliff berada di atas katil bersama isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila perlakuan Aliff di awal video tersebut seolah sedang melakukan onani yang dibimbangi tidak elok untuk dibuat tatapan umum.
Mungkin tahu namanya bakal dikecam gara-gara tindakannya itu, Alif terlebih dahulu telah menerangkan perkara tersebut menerusi kapsyen yang ditulisnya.
“Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis,” tulisnya.
Rata-rata netizen menyifatkan aksi yang ditunjukkan Aliff itu tidak ada kena mengena dengan produk tudung yang cuba diiklankannya.
“Apa ni Datuk, tak baik untuk 18 tahun ke bawah tengok.
“Makin tak cerdik, tak malu.
“Ni Malaysia Datuk, bukan US. Ada batas dalam buat content.
“Adoi tak payahlah buat content macam ni. Budak-budak tengok tak elok.
“Maaf Datuk, saya selalu sokong Datuk dan Datin. Content macam ini rasa tak sesuai dengan kedudukan Datuk, Datin,” beberapa komen netizen.
Malah, ibu Aliff iaitu usahawan yang dikenali sebagai bonda Rozita Ibrahim itu juga meninggalkan komen memarahi anaknya gara-gara iklan berbaur lucah tersebut.
“Bongok sangat iklan kau… apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” tulis Rozita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Salah satu alternatif bagi memudahkan proses melahirkan, usahawan Rozita Ibrahim berkongsi manfaat Rumput Fatimah yang sering diamalkan pada saat kontraksi.
Jelasnya, Rumput Fatimah akan memberi kebaikan buat minda dan badan ibu hamil, namun memberi kesan buruk kepada bayi, menyebabkan kontraksi awal atau pendarahan semasa kehamilan.
“Rumput fatimah ada baik dn buruknya utk menafaat wanita Mudahan sebagai panduan jaga anak atau menantu kita ke depan dulu nenek sy suruh direndam dn diminum airnya setiap malam bila wanita hamil 7 bulan keatas dikatakn mudah bersalin!
“Tak semua wanita akn kasi tindak balas buruk makan ni tp langkah berjaga2..Rumput kuff mariam ni Jika direndam dgn air panas ia akn hasilkan hormon oxitosin yg baik utk minda dn badan wanita tp ia kasi buruk pd bayi ,kontraksi awal dan pendarahan lepas bersalin atau semasa kehamilan yg berbahaya pd janin!
“Kontraksi tu menyebabkn sakit nak bersalin sedangkan xberlaku pembukaan pun..!! Boleh bersalin pramatang ( ingat jgn amalkan masa hamil ya bahaya utk ibu dan bayinya)” jelasnya.
Tambah ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ini, herba ini elok diambil sewaku bukaan rahim sudah menjangkau 5 sentimeter ke atas.
“Tapi ia Sangat elok diambil masa bukaan 5 ke 6cm lepas disahkan oleh nurse atau doktor 6cm saja ..!! Ia akn cepatkan kpd 10 ..!! Dan mengurangkan kadar sakit masa kontraksi..!! Ibu akan lbh tenang insya Allah
“Kalau nak senang bersalin xsa rumput fatimah ni pun boleh ialah dgn buat air selusur dibacakan dek suami..!! Ada ayatnya sbb suami sy selalu ajar pd orang dn terbukti senang melahirkan dn x jadi bedah ( Sy buat ni pd Ida bersalin ida bersalinkan Amar Ahyan , kalu x Ida dibedah terlalu lama sgt sakit bersalin ) .
“Ada pengalaman ilmu yg bagus ttg bersalin sejak usia sy muda sampai lah dh bercucu melihat kawan2..menantu dn anak2 bersalin dapat sy kongsikan amalan baik memudahkan bersalin,” tulisnya lagi.
Selebriti popular, Ziana Zain mendedahkan dia sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas mereka berpisah sejak lima tahun lalu.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 54, berkata dia juga tidak akan sesekali menjarakkan hubungan Armin bersama empat anak mereka.
“Macam inilah… saya sudah lama maafkan dia (bekas suami). Sebab saya ambil contoh ibu saya. Katanya apa yang orang pada kita sentiasalah memaafkan nak. Nanti (kalau tak memaafkan) akan terbawa-bawa lagi. Nanti ‘bahu kita banyak bawa’. Sebabnya kita pun tak tahu diri kita ni bagaimana.
“Bagi saya, kita kena jadi seorang individu yang sentiasa memaafkan. Ahli agama pun sentiasa berpesan sebelum tidur maafkanlah semua orang. Kita pun tidak sempuna. Bagi saya bila berbuat begitu, kita akan rasa lega.
“Misal contoh kita tidak ada hutang dengan orang. Jadi lebih baik untuk kita jalani kehidupan yang ada sekarang,” katanya kepada MH.
Ziana ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Puncak Kasih itu juga terbuka sekiranya bekas suami dan anak-anak berjumpa kerana baginya, Armin tetap bapa kepada mereka.
“Dengan saya, kami sudah tiada apa-apa, jadi hubungan dengan anak-anak sajalah. Setiap minggu saya selalu tanya mereka sama ada sudah telefon ayah, kerana walau apa jadi dia tetap ayah mereka.
“Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya tidak halang. Cuba kalau orang tak bagi kita jumpa anak-anak kita, mesti kita marah. Tak baik, berdosa,” katanya lagi.
Tambah Ziana, tindakan tersebut dilakukan kerana niatnya tidak mahu anak-anak membesar sebagai anak yang derhaka pada orang tua.
“Saya tak mahu anak-anak saya derhaka pada ibu bapanya. Kita ini contoh pada mereka, jadi kita jangan tanamkan kata-kata negatif dalam fikiran anak-anak kita terhadap bapa mereka.
“Saya mahu anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh perkahwinan mereka berkekalan sampai akhir hayat.
“Jadi saya tiada hal. Saya pula yang bertanya pada mereka ada berjumpa atau tidak. Saya tak mahu regangkan hubungan anak dengan bapa. Jangan kita pisahkan kasih sayang mereka. Itu adalah anak-anak dia. Ya, saya sudah lepas. Cukup,” katanya.
Pada masa sama, Ziana juga bersyukur dengan kehidupan sekarang dan mahu terus berlapang dada.
“Saya tak nak cakap besar, saya gembira dengan situasi sekarang bersama anak-anak, ibu bapa dan adik beradik serta rakan-rakan saya. Masa akan datang, allahualam.
“Saya selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk saya, dalam apa bentuk kita tak tahu. Sekarang saya selesa dengan diri saya. Saya lapang,” katanya lagi.
Imbas kembali, Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 12 Julai 20128.
Dalam perkembangan lain, Ziana bakal membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 6 Mei depan di samping barisan bintang legenda seni suara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun...