Uncategorized

Apa Kes Isu Filem Padmaavat dan Deepika Padukone Ni?!

Share

Filem epik terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali, Padmaavat memang menjadi buah mulut ramai apabila tayangan filem sejarah itu di negara ini yang sepatutnya bermula beberapa hari lalu terpaksa ditunda tayangannya kepada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Seperti mana sensasinya perjalanan filem ini untuk ‘menemui’ para penonton di seluruh dunia, teraju utama filem berkenaan, Deepika Padukone turut menerima tempias atas apa yang terjadi.

Bagaimanapun, aktres kelahiran Copenhagen, Denmark ini nyata positif dan relak atas apa yang berlaku.

Sebolehnya, heroin filem Chennai Express dan Bajirao Mastani itu tidak mahu ambil pusing atas apa saja hal negatif, terutamanya apabila melibatkan isu filem lakonannya itu.

“Kami bekerja keras untuk menjayakan filem ini sejak beberapa tahun yang lalu. Banyak yang dicurahkan terhadap Padmaavati,” kata Deepika menerusi sebuah temu bual.

Pada masa sama, bintang berusia 32 tahun ini juga sempat meluahkan rasa mengenai segala hal yang terjadi dalam proses filem berkenaan sehingga mendapat kebenaran untuk kembali ditayangkan di beberapa buah negara.

“Pihak produksi ada berbincang mengenainya. Bagaimanapun, saya dapat merasakan energi yang diperoleh menerusi filem ini. Atas segala kecaman dan pelbagai perkara yang diharungi, semuanya berjalan dengan teratur dan semula jadi. Bagi saya, sejarahnya agak istimewa,” luah Deepika yang nyata tidak sabar untuk menantikan apakah reaksi penonton apabila menonton filem ini kelak.

Jelasnya, dia cukup teruja dan tidak sabar untuk melihat sejauh mana penerimaan ramai terhadap filem terbaru lakonannya itu.

“Dapat lihat ada penonton yang teruja untuk menontonnya. Hari pertama ditayangkan, itu merupakan suatu hari yang besar, emosional juga buat kami. Sebagai sebahagian daripada Padmaavati, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan. Kini adalah masa paling tepat untuk meraikan. Semoga filem ini juga menjadi sebuah filem box-office,” kongsi Deepika optimis.

Sementara itu, pelakon tinggi lampai ini juga kahabarnya sedang sibuk dengan penggambaran filem yang turut menampilkan aktor terkenal India, Shah Rukh Khan sebagai pelakon utamanya.

Filem yang dijangka bakal ditayangkan pada hujung tahun ini itu turut dinantikan ramai memandangkan gandingan mantap di antara kedua pelakon tersebut berjaya membina chemistry yang mengagumkan.

“Saya hanya muncul sebagai penampilan khas saja. Ada herion lain yang akan berada di samping Shah Rukh,” katanya ringkas.

Terdahulu, Deepika pernah dinobatkan sebagai Pelakon Baru Wanita Terbaik Anugerah FilemFare menerusi filem Om Shanti Om yang ditayangkan 2007 lalu. Menerusi filem berkenaan, Deepika juga bergandingan bersama Shah Rukh Khan.

 

 

Published by
Rafiq Mazlan