Bukan mudah untuk menjadi seorang yang bernama Neelofa. Sebutlah apa sahaja mengenainya pasti akan ada cerita yang menjadi bualan ramai. Dari segi penampilan sehinggalah kisah peribadinya, setiap inci menjadi perhatian yang sekali gus mencetuskan sensasi.

Lalu atas faktor kematangan dan keupayaannya dalam menghadapi pahit manis dunia showbiz, ia seakan memberi kekuatan buat pemenang Dewi Remaja 2009/10 ini dalam mengendalikan apa sahaja situasi berkaitan dengan diri.

Bagaimanapun hakikatnya, Neelofa juga manusia bahasa yang punya hati dan perasaan.

Ditanya mengenai apakah kritikan atau dakwaan yang paling terkesan sehingga ke hari ini, figura kelahiran Kelantan ini memberitahu ketika di awal penglibatan dalam dunia seni, ada pihak yang mendakwa serta menulis berkaitan dengan dirinya yang dikatakan mempunyai masalah mental.

Ads

“Jujurnya, bila ada yang ditulis mengatakan saya ada sakit mental. Apa yang diperkatakan pada saya was so bad dan menyentuh macam-macam isu. Waktu itu pun netizen mulai beri komen di Twitter. Teruk jugalah,” kongsinya kepada MH.

Ditanya apakah reaksinya berhubung kisah sensasi yang melanda dirinya ketika itu, usahawan berkenaan mengakui rasa fobia dan takut.

“Macam-macam…Saya fobia untuk baca untuk baca akhbar, saya menangis, takut nak keluar. Malah saya rasa dibenci setiap masa. Misalnya rasa kalau pergi majlis rasa rakan media tak suka saya.

Ads

“Ketika itu rasa macam-macam perasaan ada,” jelas Lofa yang turut mengakui pada ketika itu dia tidak meluahkan kepada sesiapa, termasuk keluarga.

Ads

“Saya tidak bercerita dengan ibu atau orang sekeliling. Simpan untuk diri-sendiri sahaja ketika itu. Cuma sekarang ni kadang-kadang saja saya baca komen. Dan kalau baca pun saya tak ambil hati,” ujarnya.

Terdahulu, Lofa ditemui MH pada majlis makan tengahari di hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Rabu.

Foto: Instagram Neelofa

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI