Pemergian orang tersayang pastinya akan menjadikan pengalaman yang sukar dilupakan setiap individu.
Begitulah yang dialami pelakon Iqram Dinzly apabila pemergian bapa tercinta, Muhammad Saipuddin, Oktober tahun lalu.
Terbaru, Iqram telah berkongsi video menerusi Live IG di akaun media sosialnya itu.
Video berkenaan memaparkan Iqram menziarahi kubur arwah ayahnya di Ipoh, Perak dan sedang membersihkan sekitar kawasan sekitar perkuburan.
Popular dengan drama bersiri Dunia Baru (2009), Iqram menerusi Live IGnya itu sedang membaca Al-Fatihah buat arwah.
Selang beberapa minit kemudian, pelakon berusia 37 tahun itu telah memasang lagu berunsur ketuhanan.
Selain itu, Iqram juga telah memasang lagu-lagu berunsur percintaan, misalnya Kisah Antara Kita nyanyian One Avenue Band (OAB) di kubur arwah bapanya itu.
Dalam video berkenaan juga, melihatkan aksi Iqram yang sedang meratap kesedihan pada batu nisan arwah ayahnya itu sambil membawa setandan pisang.
Susulan itu, video tersebut dihujani komen dari netizen dengan memberikan kata-kata semangat kepada Iqram dan ada juga yang mempersoalkan aksinya (membuka lagu dan membawa setandan pisang) ketika menziarahi kubur.
Terdahulu, arwah telah menghembuskan nafas terkahir pada Oktober tahun lalu kerana menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.
Apa-apa pun, MH doakan semoga Iqram tabah menghadapi ujian ini dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI