Pelbagai cabang seni seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampaian radio dan dunia komedi telah diterokai Shiha Zikir.
Lalu, perkara itu secara tidak langsung menyebabkan timbul suara-suara nakal yang mendakwa Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 35, bersikap yang tamak dalam ‘membolot’ semua kerja seni.
Tidak mudah melatah, Shiha berkata dia sekadar ingin mencuba sesuatu bidang yang baharu agar dapat mengembangkan lagi ‘resume’ dalam perjalanan seninya.
“Saya bukanlah tamak atau kaut apa sahaja tawaran yang datang. Tetapi lebih kepada ingin mencuba pelbagai bidang.
“Bagi saya, baik menyanyi, berlakon, mengacara atau jadi penyampai radio sekali pun, semua itu dalam cabang seni.
“Bagaimanapun, kalau saya rasa tidak yakin untuk menjayakan sesuatu tawaran itu, saya akan tolak,” katanya.
Ads
Tambah penyanyi lagu AEWO itu lagi, dia hanya berpegang kepada prinsip untuk melakukan apa sahaja kerja dengan sepenuh jiwa.
“Bagi saya apa yang penting, kalau kita nak buat sesuatu, lakukanlah dengan betul-betul. Itu prinsip yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.
Ads
“Apa orang nak kata di belakang saya, itu terpulanglah. Kalau saya nak terasa atau nak ikut apa orang kata, akhirnya saya tidak akan ke mana-mana.
“Saya terbuka menerima apa sahaja komen untuk setiap hasil kerja saya, supaya saya dapat memperbaiki diri pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, drama terkininya, Ada Apa Dengan Saka kini sedang ditayangkan di TV9, jam 8.30 malam setiap Khamis.
Ads
Selain Shiha, naskhah berkenaan turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Wanns Ahmad, Dynaz Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/IhpdIBhupEQ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shima Anuar mengambil inisiatif kerja dari rumah dengan membuat makanan popular tempatan, Laksam.
Kongsinya, perkara itu tercetus apabila mendapat inispirasi dari arwah ibunya.
“Arwah mak dulu macam2 dia buat walaupun suami kerja, boleh bagi duit semua. Dia buat kuih la, menjahit la. Macam2.. Ada 6 org anak, takde maid pun. Semua buat sendiri.
“I wanna be like her. That’s why i buat @laksambys and jual sikit2 macamni. Walaupun boleh je duduk goyang kaki, kilatkan kuku 24jam because my husband provides me everything. Tp i rasa buat kerja lagi cool drpd goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan ibu kepada dua orang anak itu, dia sedang menyediakan hasil air tangannya untuk dijual kepada yang telah membuat tempahan.
Lalu, peminat khususnya para wanita kagum dengan pelakon filem Highland Tower itu kerana bijak membahagikan masa antara memasak dan menjaga anak-anak.
Terdahulu, Shima dan suami,Mohd Solih mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan sebelum ini dikurniakan sepasang anak, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Foto : Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita pemergian usahawan dan penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih dirasai oleh peminat muzik apabila single pertamanya iaitu Kesetiaan, kini menduduki carta pertama Lagu Strim Paling Tinggi di Malaysia untuk minggu ke-33.
Lagu tersebut sinonim dengan arwah, yang dilancarkan sekitar tahun 2002 iaitu penglibatan awalnya dalam dunia seni.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada Sabtu, lagu ciptaan komposer Ajai itu berjaya menduduki carta nombor satu selama dua minggu berturut-turut.
Malah, tiga lagi single Siti Sarah turut menduduki carta Top 10 sebagai Lagu Strim Paling Tinggi sepanjang 13 Ogos hingga 19 Ogos tahun ini.
Antara lagu yang distrim adalah single duet berjudul Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Siti Sarah bersama suaminya Shuib yang berada di tangga kelima dan Saat Hilang Cintamu yang berada di tangga keenam.
Manakala lagu Semakin terbitan Indigital Music pula di tangga kesembilan.
Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (HCTM).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kian ayu dan berdoa agar terus istiqamah apabila mengambil keputusan untuk mengenakan tudung, penyanyi Ernie Zakri ada berkongsi cerita ringkasnya bersama para peminat.
Melayangkan satu status di akaun Twitter, penyanyi Ku Bersuara ini mengenang situasi saat dirinya belum lagi berhijab secara penuh.
“Dulu jarum2 @arishahzaki sepah2 je kita tengok tapi tak heran pun.
“Doakan ya guys, pin pun takda kat rumah ni”, pinta anak saudara kepada Ziana dan Anuar Zain ini.
Sambil peminat mendoakan agar Ernie kekal dengan penampilan barunya itu, peminat turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri membuat keputusan berhijab selepas penularan wabak penyakit Covid-19 melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, sejak minggu lalu.
Malah jelasnya lagi, hajatnya itu sudah pun terpendam sejak sekian lama dan kali ini ia merupakan masa sesuai dan meminta ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya.