
Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam pada Rabu ada berkongsi cerita tentang masalah tiada deria rasa yang dialaminya.
Menurut Puteri Sarah, 36, semua makanan yang dinikmati tak ubah rasa seperti meminum air suam.
Lalu bintang ini meluahkan rasa sedih bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyifatkan perkara tersebut sebagai satu nikmat yang ditarik oleh Yang Maha Esa.
“Jaga diri semua Covid – 19 is real guys !!! Salam Zohor, Sedihlah… bila makan takde rasa huhuhu. Nikmat Allah yang ditarik.
“Makan apa pun takde rasa, guna imaginasi sendiri tengah makan sup ekor padahal semua rasa macam air suam paling best, kalau ada bau busuk memang tak bau lansung,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa dan kata semangat kepada pelakon drama bersiri Sabarlah Duhai Hati itu.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selesai Umrah, Nora Ariffin Berdoa Mahu Istiqamah Tutup Aurat Dengan Sempurna – “Dah Nak Masuk 50, Malu Kat Diri Sendiri, InsyaAllah.”

Penyanyi, Datuk Nora Arrifin memaklumkan dia sekeluarga telah selamat pulang dan tiba ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, beberapa hari lalu.
Khabar itu telah dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin bersama peminat menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Bintang yang popular menerusi lagu Hanya Satu itu memanjat rasa syukur kerana segala urusannya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sekaligus, Nora menyifatkan umrah kali ini menjadi momen paling indah bagi dirinya.
“Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia.Rehat sehari dua, betulkan urat badan, then back to work.
“Untuk umrah kali ni, ramai yang bertanya saya pergi dgn agen/ pakej mana? Untuk pengetahuan semua, kali ni saya ikut jemaah Dato Seri Hj Alwi & Datin Seri Norwina. Pakej biasa-biasa saja bukan kayangan.
“Memang lain dari lain. Pengalaman yang paling indah dapat bersama anaknda @itzputridahlia & suami untuk sambut ramadan di Mekah, Madinah, visit Jeddah. Satu kenangan manis buat kami.
“Semuanya baik-baik belaka, macam-macam perkara yang baru kita jumpa & belajar. Saya, suami & anak sangat puas hati & enjoy the trip. Thank you kepada semua jemaah lain, Alif Raudhah,” tulisnya.
Dalam pada itu, bersempena bulan Ramadan, Nora turut berdoa moga amalan ibadahnya mendapat rahmat dan keberkatan Yang Maha Esa.
Sejurus pulang dari tanah suci Mekah, penyanyi berusia 48 tahun ini mahu terus istiqamah menjadi ibu yang lebih baik dan mahu menutup aurat dengan lebih sempurna.
“Moga Allah SWT angkat doa kami semua. Sempena ramadan, bulan yang penuh keberkatan ini, saya bertekad untuk lebih istiqamah, untuk menjadi ibu yang lebih baik, isteri yang lebih taat pada suami.
“Juga mahu istiqamah pakai tudung tutup aurat betul-betul. Heheheh…dah nk masuk 50, malu kat diri sendiri. InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Buta Kalau Lambat,” – Sakit Sampai Macam Nak Korek Biji Mata, Ini Rupanya Penyakit Dialami Suami Beby Tora

Meluahkan kebimbangan dengan penyakit suami yang tidak beransur sembuh, Instafamous, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora buntu memikirkan punca yang menimpa suami.
Walaupun telah ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun rata-rata doktor mengesahkan si suami hanya mengalami demam.
“Sminggu ni dari hospital kerajaan ke swasta smua kami dh prgi .habis beratus2 tapi depa ckap dmam jaa ..yg si suami hari2 sakit mata ,sakit kepala lain dari biasa.
“Pegi check doktor smpaikan nak p pakar mata and kulit dh time tu apalagi naik merah2 ..tapi wktu smpai kat doktor ,suami tak naik lagi tanda merah2 pelik .sbb tu doktor ckap dmam ja .kita g dkt doktor nak tau sakit apa,tapi doktor yg tanya kita balik benda biasa la.
“Isteri sapa yang tak sedih tngok suami hari2 tak lalu mkan ,asyek tdor ja atas katil ..berat turun smpai 4kg ..pastu badan gatal2 naik merah2 pulak tu ..pastu mata dia smpai naik merah2 and dia ckap mata sakit sngatt mcm nak korek biji mata dia.”
Lebih menakutkan apabila dia menerima mesej daripada seseorang mengatakan suami akan buta sekiranya lewat menerima rawatan.
“Sumpah wktu dia sakit tiap mlam aku nangis .apalagi aku dpat dm yang ckap suami aku boleh buta klau lambat p brubat sbb ada family depa jdi gitu ..Allah ja tau mcmna rasa takutnya wktu tu.
“Aku pkir mcm2 tapi aku brserah ja pada Allah ..tiap hari aku pndang wajah dia yang mengerut kesakitan dlam tidur,mesti terdetik dkat hati klau laa aku boleh share sikit kesakitan yang dia rasa tu ..stiap hari aku jaga dia ,tak tidur sbb aku risau dia nak apa2 ..mmg muka pun dh mcm apa entah bila jaga suami sakit ni ..mata asyek merah ja apatah lagi bnyak mnangis.”
Namun, setiap dugaan pasti ada penyelesaiannya. Muncul seorang insan prihatin yang sanggup menghantar penawar dan mengatakan suami hanya mengidap kayap.
“Allahu ..tak kuat wey stiap mlam tngok dia sakit2 mcmtu ..tapi alhamdulillah aku kenal orng baik sngat ..ada yg snggup hantar kat aku penawar untuk pulihkan suami sbb dia terkena kayap tapi serang bahagian mata ..and ada imam yg dtang rumah untuk ubati ..imam ckap kayap ja takda kaitan dngn benda2 syirik ka apa.
“Alhamdulillah luka kayap dh makin kering and suami pun dh mkan bnyak sperti biasa cuma kena pantang benda berminyak ..alhamdulillah ujian bulan puasa ..menguji kesetiaan aku dn juga kasih syg suami isteri ..dan trima kasih yg mendoakan aku dn bagi tips dkat aku di dm.
“Allah saja yang mampu mmbalas jasa kalian . lpas solat amalkan 3 qul ,ayat kursi,doa pelindung,insyallah Allah melindungi kita sntiasa .aku doakan kalian bahagia dunia dn akhirat. Kami baik2 ja tau ..trima kasih atas keprihatinan anda ..harini balik kampung alorstar .doakan kami slamat di dlam prjalanan yaa.”
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Syukur semuanya selamat.
Foto : Instagram Beby Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aidil Memang Cakap Nak ‘Baby Boy’ Pula…,” – Fasha Sandha Tak Tolak Rezeki Andai Hamil Lagi, Tapi…

Aktres Fasha Sandha mengakui suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz berhasrat untuk memiliki cahaya mata lelaki selepas anak mereka, Aisha Amaira kini mencecah usia dua tahun.
Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan mendedahkan dia belum bersedia untuk sekali lagi berbadan dua.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” katanya yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk atau pengguna setia produk serbuk Vitamin C Gebu Glow.
Kakak kepada pelakon Elisya Sandha itu bagaimanapun tidak menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk memiliki permata hati lagi selepas ini.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun. Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” katanya.
Berkongsi mengenai sisi kerjaya seninya, Fasha tidak menafikan soal menjaga disiplin dan komitmen kerja sebagai antara resipi sukses yang diamalkan sejak 16 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin juga kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.
“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.
“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.
Bintang filem Cicakman itu turut, dia juga berkongsikan tips dan nasihat sama kepada adiknya.
“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya. Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata.
“Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” katanya.
Dilantik sebagai duta produk diusahakan adik beradik, Wawa dan Awien itu, Fasha mengakui memuji usaha mereka yang mahu membantu golongan wanita khususnya termasuk suri rumah dan ibu tunggal.
“Saya dan adik beradik sebelum ini hidup susah melihat pergelutan mama membesarkan kami sendirian tanpa ayah di sisi. Mama terpaksa kerja siang dan malam untuk menyara kami hingga jadi orang berguna.
“Saat teringat kenangan lalu, saya terpanggil membantu mereka (Wawa dan Awien). Mereka pun tak boleh bayar tinggi sebab nak tolong agen bergelut di era pandemik. Saya okey kerana faham niat mereka yang nak bantu.
“Jadi awalnya saya tak letakkan harga kebiasaan kerana niat nak tolong. Cuma saya minta mereka jangan dedahkan harga dipersetujui. Segala galanya dipermudahkan hingga mereka melantik saya jadi duta.
“Pada akhirnya kalau sebut perihal ibu tunggal, saya teringat perjuangan mama. Saya pun pernah jadi ibu tunggal, tapi perjalanan dan liku hidup kami berbeza. Mama jadi inspirasi. Kalau ada duit lebih, kongsi dengan orang susah dan ia sangat berkat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI