Bintang versatil, Elly Mazlein mengulas mengenai keberadaanya di pentas Gegar Vaganza ke-9 (GV9) seorang diri di dalam segmen pertengahan sebelum kembali berdua bersama hos gantian, Daniel Zaini, Ahad lepas.
Menurut Elly, dia perlu bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku secara spontan demi memastikan program tetap berjalan dengan baik.
“Sebagai hos, kita kena sentiasa berdepan dengan sebarang kemungkinan. Begitulah juga halnya dengan saya. Apa sahaja… show must go on. Jadi saya cuba buat demi peminat GV.
“Saya hanya nak buat yang terbaik. Alhamdulillah semua orang ketawa, happy. Itu yang saya mahu selain berjalan dengan lancar. Itu yang paling penting,” katanya.
Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina berkata demikian menerusi satu video yang dikongsikan di Tik Tok, semalam.
Ads
Ditanya mengenai ada penonton yang membuat perbandingan selain menyifatkan pengacaraannya sebagai ‘gedik’, Elly bersikap rasional.
“Tidak mengapa. Saya begini, dalam kehidupan akan ada yang suka dan sebaliknya. Tapi kita ‘timbang’, mana yang lagi banyak. Apa yang saya nampak banyak yang positif. Jadi saya ambil yang positif.
“Yang negatif tu tidak mengapa. Saya anggap semua orang ada hak untuk suka dan tidak suka. Beginilah… mungkin yang tak suka tu satu hari nanti akan suka saya. Tak kenal maka tak cinta.
“Pada saya kalau kita nak bersedih dengan apa yang orang cakap, kita tak boleh macam tu. Sekarang ni kita kena biarkan saja. Itu hak mereka untuk berkata-kata,” katanya lagi.
Setelah hampir 13 tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio Asmawi Ani atau selesa disapa Mawi memberitahu masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata kedua bersama isterinya, Ekin Rahmat.
Menurut penyanyi berusia 39 tahun ini memberitahu dia dan isteri tidak merancang dan berserah kepada Yang Maha Esa mengenai perihal zuriat.
Meski masih belum dikurniakan cahaya mata kedua, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini tetap meluahkan rasa syukur dan gembira kerana mahligai cinta bersama isteri kekal bahagia.
“Anak saya yang pertama dah umur 9 tahun dan sejujurnya saya ada berbincang dengan isteri saya untuk tambah anak, tapi itu semua rezeki daripada Allah jadi berserah sahaja kalau ada rezeki, InsyaAllah.
“Tapi kami gembira dengan hidup kami sekarang ini. Alhamdulillah walaupun seorang anak kami boleh beri tumpuan yang lebih kepada antara satu sama lain.
“Kalau tengok umur sekarang saya rasa dah tak boleh nak merancang ni sebabnya kita ni makin lama makin tua. Kalau ada rezeki, ada lah buat masa sekarang ni masih belum ada lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Mawi mengharapkan agar peminat sentiasa untuk mendoakan agar dirinya dan isteri dikurniakan cahaya mata lagi.
Imbas kembali, Mawi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada 28 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Cahaya Malaikha
Foto: Instagram Mawi, Ekin Rahmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan Hari Raya Haji (AidilAdha) tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik.
Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S, ramai di antara kita yang turut mengambil cuti bagi mengisi masa bersama yang tersayang, termasuk barisan selebriti kita.
Menerusi Instagram, masing-masing merakam memori foto bersama keluarga dengan persalinan indah bagi meraikan kedatangan Hari Raya Haji tahun ini. Antaranya;
Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus.
Penyanyi berusia 34 tahun ini jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu. Malah, berat badannya juga turun secara mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram.
“Anak saya dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di ICU HKL. Dia sudah melalui dua pembedahan, masing-masing pada 10 September lalu dan hari ini. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter.
“Doktor memaklumkan, kaedah rawatan dilakukan cukup berisiko dan mereka berharap, badannya kuat untuk melalui proses pembedahan ini dari masa ke semasa. Saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk anak saya.
“Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Begitu juga dengan anak saya yang mendapat perkhabaran duka apabila dimaklumkan mengenai hal ini. Lebih menyedihkan, ia terjadi sebelum sambutan hari lahirnya.
“Saya bagaimanapun percaya, dia anak yang kuat,” katanya ibunya, Noraini Elias seperti yang dipetik.
Shazroul sebelum ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival di Vietnam pada tahun 2012.
Foto : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...