Kecewa apabila niat untuk memberi pengajaran dan didikan untuk anaknya disalah ertikan oleh netizen, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat menangis.

Berkongsi sedutan berita yang memaparkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah memberikan kenyataan mengenai apa yang berlaku, Aliff dilihat cukup sedih.

Dipetik daripada ucapan Wan Azizah, sisasatan telah dilakukan dan tiada kesan negatif kepada Qadejah.

Mengakui tindakan tersebut adalah untuk mendidik anak, namun Timbalan Perdana Menteri ini kurang setuju apabila ia dipaparkan untuk tontonan umum.

Ads

Ulasnya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil peranan sewajarnya terhadap insiden itu.

Apa salah sy??

“Sy hanya nak jadi abah yg terbaik utk anak saya cess @qadejah_terlajaklaris …. sy hanya insan biasa. full vedio ada di youtube saya tv terajaklaris.”

Ads

Netizen turut memberi sokongan moral dan mengatakan mendidik anak-anak semenangnya satu cabaran yang sukar, namun ibu bapa harus tegas.

Ads

“Apa Salah Saya?” – Isu Pukul Anak Sampai Masuk TV, Aliff Syukri Kongsi Video Menangis Di Instagram “Apa Salah Saya?” – Isu Pukul Anak Sampai Masuk TV, Aliff Syukri Kongsi Video Menangis Di Instagram“Apa Salah Saya?” – Isu Pukul Anak Sampai Masuk TV, Aliff Syukri Kongsi Video Menangis Di Instagram

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Foto : Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI