Bekas vokalis kumpulan Visa, Sham mengakui kecewa dengan persembahannya ketika menyampaikan lagu Sayang-Sayang nyanyian asal Aliff Aziz menerusi saingan minggu ketiga konsert Gegar Vaganza 6 (GV6), minggu lalu.

Bertemakan ‘Aneh-Aneh’, para peserta diberi cabaran untuk membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu yang ‘lari’ dari genre lazim mereka.

“Saya kecewa, tetapi alhamdulillah masih lagi berada dalam saingan, saya cuba lakukan yang terbaik meski tidak selesa untuk buat persembahan sedemikian. Ia bukan genre lagu saya.

“Saya sendiri sudah lama tidak menyanyi. Apa pun saya cuba ambil cabaran untuk tema ‘Aneh-Aneh’ meski rasa agak gementar. Cuba untuk selesaikan persembahan tersebut sebaiknya,” katanya kepada MH.

Ads

Ditanya sama ada dia sudah selesa kerana mendapat pujian juri menerusi persembahan terdahulu hingga membuatkan prestasinya sedikit menurun kali ini, bintang berusia 47 tahun itu menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak pernah selesa dengan kedudukan di GV6 sebelum ini. Setiap tugasan punya tekanan yang tersendiri,” jelas pemilik nama lengkap Rohisham Hashim ini jujur.

Ads

“Untuk cabaran duet minggu hadapan, sudah tentu saya akan buat lebih persiapan dengan lebih teliti. Apa yang berlaku (minggu lalu), saya anggap ‘it’s not my day’.

“Apa pun, saya kena positif. Itu sahaja pilihan yang saya ada. Sementara peluang masih diberikan saya cuba galas semampu yang boleh,” azam Sham optimis.

Ads

Minggi ketiga konsert, bintang itu berada di kedudukan kedua paling rendah dan Ameer Sofazr diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 54 peratus.

Sham bakal berduet dengan Marsha Milan pada saingan minggu keempat, mengalunkan lagu My Heart lagu asal Irwansyah dan Acha Septriasa.

https://www.youtube.com/watch?v=64OJ8b4QRCM&t=7s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI