Finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui banyak belajar dari pengalaman serta meminta pandangan daripada bintang senior, Safura Ya’cob dalam seni.
Malah jelas bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, dia turut pegang pesan Safura agar terus usaha meski jangan meletakkan harapan terlalu besar dalam industri hiburan.
“Safura merupakan ibu saudara saya dari belah ibu.
“Katanya, jangan terlalu beri harapan besar dalam industri ini sebab kita bukan selalunya berada di atas.
“Apa yang kita ada dan miliki sekarang ini, kita bersyukur sahaja.
“Apa pun, dia selalu berikan semangat buat saya untuk teruskan usaha kerana dia sendiri tahu, ini minat saya sejak sekian lama.
Ads
“Dulu saya ada juga temaninya ke set lokasi. Misalnya tengoknya berlatih teater dan sebagainya.
“Terima kasih buat Safura yang tidak pernah jemu titipkan nasihat,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia sedar akan peluang yang bakal diterima dalam dunia lakonan akan ada pasang surutnya, bintang asal Kuala Lumpur ini mempunyai pandangan sendiri.
Katanya, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di balik perjalanan seni ibu saudara sendiri sebagai pengajaran yang memotivasikan diri.
“Saya pun tahu, ada juga yang nasibnya tidak berapa baik dalam industri. Satu ketika dulu pernah terkenal dan kemudian jadi sebaliknya.
“Bagi saya ia pengajaran, termasuklah untuk saya yang masih baru. Apa pun, saya percaya kepada rezeki.
“Malah saya nampak sendiri apa yang pernah dilalui makcik saya, seolah-olah saya adalah saksi kepada makcik sendiri.
Ads
“Pada masa sama, saya juga terinspirasi dengannya kerana pada fasa yang sukar ketika ini, dia kuat dengan mencari sumber rezeki dengan berniaga,” akui anak sulung daripada empat beradik ini lagi.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen yang terlebih dahulu sudah pun berjinak-jinak dalam lakonan sebelum menyertai Hero Remaja baru saja selesai penggambaran telemovie, Kelaster di samping Achey dan Nora Danish.
Meerqeen bersama empat calon juara lainnya, Haziq, Jabir, Nadhir dan Umar bakal berentap di pentas akhir Hero Remaja 2020, 16 Julai ini bersiaran langsung di Astro Ria dan Ria HD.
Menerusi akaun media sosial Instagram milik penyanyi Wany Hasrita ada berkongsi beberapa keping foto momen bersama peminatnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah memaklumkan bakal berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah, hari ini.
Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan ibadah umrah tahun ini.
“Assalamualaikum, pagi semua! InsyaAllah saya, ibu & famili akan berangkat mengerjakan umrah hari ni. Minta maaf salah silap wany ya!
“tak tahu nk gambarkan rasa dalam hati, azam tahun lepas dpt tunaikan tahun ni. Alhamdulillah, Allah sebaik perancang. Doakan perjalanan kami selamat pergi balik ya.,” tulisnya.
Terbaru, pelakon dan penyanyi Kilafairy telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa terdahulu menghadiri satu majlis pelancaran alat solek jenama antarabangsa yang berlangsung di Gaysorn Urban Resort, Bangkok, Thailand.
Selain Kila, turut sama di majlis berkenaan ialah rakan artis tempatan lainnya.
“Crazy in love with my bff, the
#BigEgoMascara Swipe left and check out how cute we both look @tartecosmetics
Genap setahun arwah adik, Jefri Adzman pulang ke pangkuan Yang Maha Esa, Datuk Afdlin Shauki mengakui masih terkesan akan kehilangan.
Tidak pernah sehari terpadam kerinduan yang semakin membara.
Malah ada kalanya dia hampir terlepas laku apabila ingin menghubungi si adik tatkala menerima perkhabaran baik, namun segera kembali ke alam nyata bahawa adiknya telah meninggal dunia.
“Hari ni genap setahun adik saya Jefri Adzman pulang ke Rahmatullah. Rindu kepadanya masih tak terpadam dan makin membara. Such a beautiful soul yang berjiwa lembut dan sentiasa berfikir pasal hal ehwal orang lain.
“Sekali sekali bila excited atas perkhabaran baik atau ada masaalah menimpa diri ini secara otomatik nak angkat fon untuk call dia… tapi kemudian tersentak kerana hakikatnya dia sudah tiada bersama.
“I will always love you baby brother and yeop doakan Jep tenang di sana bersama roh-roh orang beriman. Al-fatihah,” kongsi Afdlin.