“Apa Yang Mummy Cuba Sampaikan Hanya Reflek Daripada Pandangan Peribadinya,” – Naim Daniel

Share

Penyanyi Naim Daniel menyifatkan komen yang diberikan salah seorang juri tetap Famili Duo, Mas Idayu adalah pandangan peribadi atas kapasiti sebagai penyanyi berpengalaman.

Berterima kasih atas setiap pandangan yang diberikan, Naim bersama rakan duo, Sissy Iman akan terus cuba memberikan persembahan terbaik.

“Saya percaya Mummy lebih arif dan lebih berpengalaman. Saya sendiri masih baru dan kami masih perlu banyak belajar di dalam arena persembahan ini.

“Apa yang Mummy (Mas Idayu) cuba sampaikan itu hanyalah reflek daripada pandangan peribadinya sendiri. Saya dan Sissy berada di sini pun bukan sebagai penyanyi semata tetapi ahli muzik.

“Kitaorang harus ingat apa yang dilakukan perlu hadir dengan usaha dan kesungguhan. Apa yang kami persembahkan di atas pentas ialah terjemahan kepada apa yang telah kami lakukan, iaitu usaha.

“Dan juga kesungguhan serta minat kami. Saya berharap semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih atas segala komen. InsyaAllah kita akan cuba perbaiki pada masa akan datang”, katanya.

Naim berkata demikian sebagai mengulas komen tegas yang diberikan Mas Idayu susulan persembahan mereka menerusi lagu Jampi yang dibawa dalam genre keroncong.

“Apa yang jadi kami jadikan sebagai asam garam di dalam program realiti. Di samping itu kita juga ingin mengingatkan ia program kekeluargaan yang seharusnya menghiburkan, mencuit hati tak kisah daripada segi penjurian dan persembahan.

“Kita hanya mahu ia berjalan begitu. Apa-apa pun, ia bukanlah sesuatu untuk rasa stres. Saya di sini pun berdiri atas kapasiti kemampuan saya, begitu juga dengan Sissy.

“Malah dia sudah berikan yang terbaik dan saya tahu macam mana dia punya keprihatinan di dalam persembahan setiap minggu. Saya orang pertama yang dapat saksikan benda itu.

“Apa pun, bagi saya dia sudah lakukan yang terbaik. Dia betul-betul keluar daripada zon selesanya. Nyanyi genre yang tak pernah cuba dia buat. Jadi itu adalah satu langkah berani. Saya sangat berbangga dengannya,” katanya lagi.

Terdahulu, Sissy dirakam sebak dan mengalirkan air mata sejurus menerima komen terbabit hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick.

Sissy menerusi Instagram menitipkan ucapam seterus memohon maaf terhadap apa yang berlaku.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH