Berkongsi kisah naluri ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya, Mohamad Eidrees, Anzalna Nasir akui dia telah dimasukkan ke hospital swasta selepas tidak mampu bergerak gara-gara jatuh terlentang.

Jelasnya kepada MH, ketika kejadian, dia sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan Eidrees pula menangis mahukan perhatian pada masa sama.

Mahu tetap menjaga emosi si permata hati, namun lain pula yang terjadi.

“Ketika itu saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan Eidrees menangis. Saya tidak suka membiarkan anak menangis lama-lama dan perlu cepat tenangkan dia.

“Sewaktu mahu berkejar dapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Pada masa itu saya terus bangun, mendukungnya dan sempat memberi makan.

“Namun apabila masuk ke dalam kereta, badan terus tidak dapat bergerak. Suami terus membawa ke hospital dan di sana doktor sahkan otot saya bengkak,” jelasnya.

Ads

Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis akikah Mohamad Eidrees di Hotel Sheraton PJ, pada Ahad.

Hati seorang ibu, ulasnya hari-hari yang dilakui cukup sukar apabila terpaksa berjauhan dengan anak buat sementara waktu.

Bagaimanapun, dirinya bersyukur kerana ahli keluarga lain datang membantu.

“Kebetulan waktu itu keadaan tidak berapa okay lebih-lebih lagi dengan virus yang melanda, jadi saya meminta ibu bapa datang bawa Eidrees.

Ads

“Boleh dikatakan, setiap hari saya menangis rindukannya waktu itu.

“Kalau ikutkan juga, doktor meminta untuk saya terus dalatkan rawatan dan tinggal di hospital namun saya menolak.

“Saya tidak sanggup lagi, walaupun ketika itu masih sakit. Apa yang penting ialah Eidrees, sakit tolak ke tepi,” katanya yang baru selesai menjalani rawatan fisioterapi.

Dalam perkembangan lain, Anzalna dan Hanif Zaki meraikan majlis akikah anak mereka, Mohamad Eidrees, 9 bulan dalam sebuah acara yang cukup mewah dan eksklusif.

Ads

Pada masa sama, Anzalna dan suami, Hanif Zaki turut meraikan sambutan hari lahir ke-27 Afifah Nasir yang jatuh pada 15 Februari lalu.

“Apa Yang Penting Ialah Eidrees, Sakit Tolak Tepi,” – Gara-Gara Mahu Redakan Anak Agar Berhenti Menangis, Anzalna Nasir Masuk Wad Lima Hari “Apa Yang Penting Ialah Eidrees, Sakit Tolak Tepi,” – Gara-Gara Mahu Redakan Anak Agar Berhenti Menangis, Anzalna Nasir Masuk Wad Lima Hari “Apa Yang Penting Ialah Eidrees, Sakit Tolak Tepi,” – Gara-Gara Mahu Redakan Anak Agar Berhenti Menangis, Anzalna Nasir Masuk Wad Lima Hari “Apa Yang Penting Ialah Eidrees, Sakit Tolak Tepi,” – Gara-Gara Mahu Redakan Anak Agar Berhenti Menangis, Anzalna Nasir Masuk Wad Lima Hari

MH berada di Majlis Aqiqah Mohamad Eidrees anak pelakon Anzalna Nasir di Hotel Sheraton PJ

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 23 February 2020

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI