Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menyifatkan dirinya ketika ini sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan seandainya dia ditakdirkan untuk bertemu jodoh dalam masa yang terdekat.
Bagaimanapun, Awi menjelaskan buat masa ini, dia hanya memberikan sepenuh fokusnya terhadap kerjaya bersama syarikat rakaman dan juga kerja-kerja amalnya bersama anak-anak autisme.
Malah, Awi turut berharap agar orang-orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Jalan kehidupan saya sama juga seperti orang lain. Setiap orang ada pengalaman mereka masing-masing. Allah dah takdirkan kisah saya.
“Yang paling penting saya percaya dengan perancangan Allah dan sekiranya selepas ini ditakdirkan saya bertemu jodoh, saya akan buat yang terbaik.
“Cuma setakat ini, saya memang fokus pada Newsantara dan platform muzik bagi anak-anak autisme khususnya.
“Anda yang di luar sana tolong doakan saya semoga saya dapat bertemu dengan seorang wanita yang dapat menerima saya seperti di dalam lagu yang saya cipta ini,” katanya kepada MH.
Ads
Bintang asal Singapura itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Jangan Lupakan Aku hasil kolaborasi bersama pelakon, Julia Farhana Marin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awi turut menafikan faktor umur menjadi sebab utama mengapa dia memilih untuk mempercepatkan proses berkahwin andai dia bertemu jodoh selepas ini.
“Ini bukan soal umur kalau ikutkan saya, sewaktu saya berumur 21 tahun pun saya nak terus kahwin dan tak perlu nak jalani proses bertunang ni.
Ads
“Tapi ada kalanya kita harus mengikut kehendak orang lain. Bagaimanapun, ketika ini saya amat yakin dengan usia saya yang dah pun mencecah 34 tahun.
“Keadaan pun dah semakin stabil dan saya rasa sekarang merupakan masa yang terbaik.
“Saya berharap yang saya dapat berjumpa dengan satu jiwa yang sama-sama dapat mengubah kehidupan orang lain dan kehidupan kami sendiri,” katanya lagi.
Ads
Ujar Awi lagi, sepanjang bekerjasama bersama anak-anak autisme, dia telah mempelajari banyak perkara sehingga dia merasakan apa yang dilaluinya ketika ini amat kecil jika ingin dibanding dengan mereka.
“Sepanjang saya bekerjasama dengan anak-anak autisme ini, mereka mengajar saya sesuatu.
“Apa yang kita lalui dan apa yang saya alami hanya kecil sahaja berbanding dengan seorang anak yang ada apraxia of speech. Mereka tak autism tapi tak boleh berbual.
“Apa yang mereka lalui lagi penting daripada apa yang saya alami,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Awi ketika ini sedang menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.
Sebelum ini, Awi atau nama lengkapnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Atikah Suhaime pada tanggal 17 Mac 2018.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli yang kini bergelar bapa selepas menjaga bayi lelaki, Ahmad Ziyad berkongsi momen indah bersama permata hati buat tatapan pengikutnya di Instagram.
Sambil memuat naik foto kandid bedua, Iqbal turut mencoretkan kapsyen berunsur humor menerusi ruangan kapsyen.
“Cepat-cepatlah Ziyad anak Ayah besar. Agaknya apa reaksi Ziyad apabila besar nanti dia tahu Ayahnya aneh tak sama seperti orang lain?
“Ibu-ibu yang suka beranak tolonglah beranak banyak-banyak bagi saya jaga. Saya janji hari pertama lahir anak Puan diberi makan mewah nasi ayam dan kopi Starbuck,” tulis Iqbal.
Perkongsian yang dilakukannya dua hari lalu itu mencuri perhatian ramai dan ada yang meninggalkan komen masing-masing.
Sementara itu di dalam hantaran berbeza, dia turut dipuji kerana memilih untuk menjaga Ziyad sepenuh hati.
“Ada yang tidak percaya saya jaga sendiri Ahmad Ziyad. Saya tidak bersedia ambil ‘baby sitter’ oleh kerana kurang yakin dan saya mahu Ahmad Ziyad dapat kasih sayang sepenuhnya dari air tangan saya sendiri. Ini kali pertama saya menjaga bayi sepenuh masa seawal lahir dari kandungan.
“Saya faham bagaimana jika kewangan tidak teguh, membesarkan bayi sangat mencabar kerana susu, lampin dan pakaian memerlukan kos yang banyak.
“Waktu tidur saya juga sudah tidak normal. Tahniah kepada ibu-ibu di luar sana, saya kagumi ketabahan dan kehebatan mendewasakan seorang manusia.
“Macam mana komen saya sebagai lelaki bujang apabila menjadi ayah, sudah luluskah untuk kali pertama belajar?,” tulisnya lagi.
Bagi setiap insan bergelar ibu yang pernah merasai kehilangan anak tercinta, ia pasti menjadi satu pengalaman sukar.
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV misalnya, meluahkan rasa sedih dan sayu apabila mengenangkan nasib arwah anaknya yang maut dalam satu kebakaran, tidak lama dulu.
“AL FATIHAH KEPADA 2 PUTERA SY..YANG SENTIASA SAYA RINDUI…LATELY SANGAT TERKENANGKAN MEREKA.
"KALAU MASAIH ADA DI DUNIA NI..ABANG EDDIE UMUR 17 ADIK EDRIE UMUR 16.
“Dah 6 tahun mereka pergi. Dalam tragedi Kebakaran rumah staff saya. Bulan Ramadan. Mrk tak terbakar..lemas asap..Berbaring kaku berpelukan dalam tandas..Bawah sinki..lemas Asap.
“Masa tu..nyawa saya juga terasa dihujung tanduk..Terkejut..sedih..sampai ke akhir saya tak tengok wajah mereka dalam kain kapan..tak bole..cukuplah..memori bersama mrk masa masih hidup..pakai baju baru..baju raya..
“KALAULAH MRK MASIH HIDUP DAH BOLE TOLONG MAMA NIAGA..MASA TULIS CAPTIONS NI..TEKAK RASA CEKIK. TERLALU SAYU..TANPA SEDAR..AIR MATA MELELEH..
“SAHAM MAMA DI AKHIRAT..TUNGGU MAMA DI SYUGA TERTINGGI YE SAYANG..SEPERTI YG SELALUI DIDOAKAN,” tulisnya.
Terdahulu dua anak lelaki DSV, Eddie Zuhdi Mohd Amin dan adiknya Edrie Zikrie maut dalam sebuah kebakaran rumah di Ipoh pada tahun 2013.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘I Am Me’ ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Edlynn Zamileen, 14 dan seorang anak lelaki Muhammad Eric Zaquan, 12.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...