Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menyifatkan dirinya ketika ini sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan seandainya dia ditakdirkan untuk bertemu jodoh dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, Awi menjelaskan buat masa ini, dia hanya memberikan sepenuh fokusnya terhadap kerjaya bersama syarikat rakaman dan juga kerja-kerja amalnya bersama anak-anak autisme.

“Apa Yang Saya Alami Hanya Kecil Sahaja,” – Banyak Belajar Dari Anak-Anak Autisme, Awi Rafael Sudah Sedia Berumah Tangga

Malah, Awi turut berharap agar orang-orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Jalan kehidupan saya sama juga seperti orang lain. Setiap orang ada pengalaman mereka masing-masing. Allah dah takdirkan kisah saya.

“Yang paling penting saya percaya dengan perancangan Allah dan sekiranya selepas ini ditakdirkan saya bertemu jodoh, saya akan buat yang terbaik.

“Cuma setakat ini, saya memang fokus pada Newsantara dan platform muzik bagi anak-anak autisme khususnya.

“Anda yang di luar sana tolong doakan saya semoga saya dapat bertemu dengan seorang wanita yang dapat menerima saya seperti di dalam lagu yang saya cipta ini,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Apa Yang Saya Alami Hanya Kecil Sahaja,” – Banyak Belajar Dari Anak-Anak Autisme, Awi Rafael Sudah Sedia Berumah Tangga

Bintang asal Singapura itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Jangan Lupakan Aku hasil kolaborasi bersama pelakon, Julia Farhana Marin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Awi turut menafikan faktor umur menjadi sebab utama mengapa dia memilih untuk mempercepatkan proses berkahwin andai dia bertemu jodoh selepas ini.

“Ini bukan soal umur kalau ikutkan saya, sewaktu saya berumur 21 tahun pun saya nak terus kahwin dan tak perlu nak jalani proses bertunang ni.

IKLAN

“Tapi ada kalanya kita harus mengikut kehendak orang lain. Bagaimanapun, ketika ini saya amat yakin dengan usia saya yang dah pun mencecah 34 tahun.

“Keadaan pun dah semakin stabil dan saya rasa sekarang merupakan masa yang terbaik.

“Saya berharap yang saya dapat berjumpa dengan satu jiwa yang sama-sama dapat mengubah kehidupan orang lain dan kehidupan kami sendiri,” katanya lagi.

“Apa Yang Saya Alami Hanya Kecil Sahaja,” – Banyak Belajar Dari Anak-Anak Autisme, Awi Rafael Sudah Sedia Berumah Tangga “Apa Yang Saya Alami Hanya Kecil Sahaja,” – Banyak Belajar Dari Anak-Anak Autisme, Awi Rafael Sudah Sedia Berumah Tangga

IKLAN

Ujar Awi lagi, sepanjang bekerjasama bersama anak-anak autisme, dia telah mempelajari banyak perkara sehingga dia merasakan apa yang dilaluinya ketika ini amat kecil jika ingin dibanding dengan mereka.

“Sepanjang saya bekerjasama dengan anak-anak autisme ini, mereka mengajar saya sesuatu.

“Apa yang kita lalui dan apa yang saya alami hanya kecil sahaja berbanding dengan seorang anak yang ada apraxia of speech. Mereka tak autism tapi tak boleh berbual.

“Apa yang mereka lalui lagi penting daripada apa yang saya alami,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Awi ketika ini sedang menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.

Sebelum ini, Awi atau nama lengkapnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Atikah Suhaime pada tanggal 17 Mac 2018.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI