Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menghadiri majlis fesyen, Kuala Lumpur Fashion Week 2021 yang berlangsung pada minggu lalu.
Kehadiran Siti di majlis tersebut nyata menarik perhatian ramai gara-gara jam serta beg tangan berjenama mewah yang diperagakannya dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta.
Menerusi temubual bersama program, Melodi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dia sebenarnya tidak pernah tahu mengenai harga jam tersebut memandangkan ia merupakan hadiah pemberian daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
“Bila bercakap mengenai perkara ini, jam tersebut sebenarnya merupakan hadiah pemberian daripada suami saya.
“Saya pun tak pernah bertanya ‘B, berapa harga jam ni?’. Apa yang suami hadiahkan, alhamdulillah saya terima. Suami memang suka melihat saya bergaya dan dia juga gemar membeli koleksi-koleksi jam.
“Bagi saya, tiada isu pun mengenai perkara ini. Sebagai seorang isteri, saya menghargai dan saya pakai.
Ads
“Saya tidaklah sampai nak bagitahu berapa banyak atau berapa harga jam tersebut. Saya sebolehnya tidak mahu memperbesarkan perkara-perkara kecil ini,” katanya.
Ditanya mengenai beg tangan mewah yang dikatakan dibeli semata-mata untuk melangkapkan gayanya pada majlis tersebut, ini reaksi yang diberikan oleh penyanyi lagu Anta Permana ini;
“Secara jujurnya saya bukan orang gemar pergi ke acara fesyen ini sebab saya bukan orang yang sebegitu. Kalau saya pergi pun atas kapasiti kerja seperti majlis anugerah, acara karpet merah dan sebagainya.
Ads
“Oleh kerana saya menyokong Rizman Ruzaini, saya pergi. Saya sendiri melihat kejayaan mereka. Mereka dahulu hanya pelajar UiTM yang datang ke rumah dan merayu nak buat baju saya. Kerjasama itu terjalin sampai sekarang.
“Sebagai tanda menghargai persahabatan itu, saya pun pergi ke acara fesyen tersebut. Saya tak pandai sebenarnya nak ‘matching’ pakaian saya. Rizman kata beg ini tak berapa sesuai dengan baju saya.
“Saya pun dah lama tak pergi shopping. Dia kata ada satu beg ni memang cantik. Boleh matching sangat dengan baju saya. Kebetulan saya pun dah lama tak spent untuk diri sendiri. Sebagai menghargai usaha dan penat lelah bekerja, saya pun belilah beg tersebut,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Siti turut memberitahu, dia sebenarnya bukanlah seorang ‘kaki shopping’ namun segalanya disediakan oleh oleh suaminya.
“Kalau tanya suami saya pun dia akan setuju. Saya bukan kaki shopping. Saya rasa dia sangat beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping.
“Tapi suami saya suka untuk melihat isterinya kelihatan cantik dan bergaya. Apa sahaja barang saya seperti jam, beg tangan dan barang kemas, semuanya disediakan oleh suami saya,” akhirinya.
Sumber: Youtube Melodi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Normah Damanhuri mengatakan bahawa isu bayaran pelakon untuk sesuatu projek itu tidak seharusnya menjadi satu isu.
Katanya, tidak perlu ada soal perbezaan bayaran yang dikenakan kepada pelakon yang sudah memenangi anugerah dengan yang lain.
“Sepatutnya, pihak tertentu kena tahu menilai kerja kita. Bila kita dah beri komitmen penuh, disiplin serta fokus untuk sesuatu watak itu, kiranya memang all out untuk kerja yang diberi.
“Jadi kenalah nilai daripada situ dan tahu berapa perlu bayar seseorang itu,” katanya kepada MH.
Normah berkata demikian ketika ditemui Anugerah Skrin 2018 (ASK) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.
Katanya lagi, Normah turut berkongsi harga ‘tidak masuk akal’ yang diterimanya sepanjang bergelar pelakon.
“Ada satu projek, hari shooting banyak, episod pun banyak, lokasi juga banyak tapi harga yang dibayar itu seperti harga satu telemovie, agak-agaklah berapa, jadi saya terpaksalah tolak secara baik.
“Sebenarnya semua ini rezeki, kadang-kadang dapat yang okay, tapi kalau yang tak ok tu memang tak ok sangat.
“Kalau ikutkan memang saya nak kerja lagi-lagi dah umur begini, selagi sihat memang nak kerja, tapi kalau terlampau rendah sangat memang sedih. Tapi tak semua lah begitu. Kalau yang okay, okay sangat,” kongsinya lagi.
Pada malam ASK, Normah membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem bagi filem Pinjamkan Hatiku.
Foto/Instagram: Normah Damanhuri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jurusolek dan usahawan terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa tampil menghulurkan sumbangan berupa kerusi roda menerusi jenama kosmetiknya, Alha Alfa Cosmetics.
Sumbang tersebut diberikan sebagai kemudahan individu yang uzur atau kelainan upaya seterusnya memerlukan bantuan kerusi rosa ketika hadir ke pusat vaksinasi.
Perkara tersebut dikongsikan Alha menerusi satu hantaran terkini di Instagram miliknya.
Dia pada masa sama turut mengharapkan agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak memberi kemudahan buat golongan sasaran.
“Alhamdulillah, ibu ayah sy selamat divaksin, kesian tgk depa kene jalan jauh. Terfikir kalau yg uzur macamna if kusi roda xcukup, kan?
“Semoga usaha kecil @alhaalfacosmetics_hq ini dapat memudahkan urusan vaksin ibu ayah anda yg uzur mahupun warga oku di pusat vaksin nanti..aminn,” tulisnya.
Alha turut memuat naik foto kedua ibu bapanya yang sudah pun menerima dos suntikan vaksin masing-masing.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan menyambut baik inesiatif yang dilakukan Alha sekali gus mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Foto: Instagram Alha Alfa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!