Kontroversi sekali lagi melanda usahawan selebriti terkenal Datuk Aliff Syukri berkenaan iklan acah video lagu raya terbaharunya yang dimuat naik ke ruangan media sosial.
Menimbulkan suasana kurang senang dalam kalangan masyarakat yang rata-rata tidak bersetuju dengan penghasilan video yang dilihat kurang sopan, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh tampil memuat naik satu video menyeru agar masyarakat memboikot produk keluaran usahawan itu.
Mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi sebuah video berdurasi 1.58 minit yang dimuat naik di TikTok peribadinya, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bahagian Merlimau itu dengan tegas meluahkan pendapatnya.
“Saya baru tengok video Datuk Aliff Syukri. Tak tahu nak tengok siapa. Sotong atau cacing pun kita tak tahu. Apa yang tergedik-gedik duduk di atas meja menari? Saya rasa ini adalah amat tidak sensitif di kala bulan Ramadan ini.
“Ini bukan kali pertama, sudah banyak kali Datuk Aliff buat, malah pada tahun 2022 telah didakwa di mahkamah dan kes itu masih lagi berjalan hingga ke hari ini atas kesalahan sama.
@drakmalsalehKalau KKmart kita boleh boikot,apa lagi produk dia ni Setiap tahun ulang perkara yang sama,langsung xda perasaan sensitiviti pada rakyat di negara ini Saya mohon pihak kerajaan untuk menyekat video ini dan tindakan undang2 perlu diambil,yang mana kes pada tahun 2022 pon masih lagi berjalan untuk mamat ni mengenai isu yang sama Saya rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengajar erti sebuah penyesalan pada dato aliff ini dengan kita boikot semua produk yang dijual oleh beliau Cukup cukuplah dengan drama minta maaf dan air mata yang diulang setiap tahun Kamu nak lihat kemarahan rakyat Malaysia kan?sila tunggu produk kamu akan diboikot Ini bukan content luar kotak,ini adalah content tiada otak!! Dr akmal saleh♬ original sound – Drakmalsaleh
“Takkanlah setiap tahun nak buat nak minta maaf, tak boleh jaga ke sensitiviti umat Islam di kala bulan Ramadan ini. Nak keluar video nak keluar lagu, keluarlah. Tetapi janganlah keluarkan lagu dan juga video yang sakit hati dan sakit mata orang tengok.
“Langsung tak jaga sensitiviti dengan pakain begitu dengan menari nak kata sotong nak kata cacing pun tak tahu. Jadi cukup-cukuplah, kepada seluruh rakyat Malaysia kalau KK Mart kita boleh boikot KK Mart. Kali ini kita kena berikan pengajaran yang keras.
“Pertama kita mohon pihak kementerian untuk delete dan juga tarik balik video yang telah dikeluarkan. Kedua, tindakan yang keras iaitu tindakan undang-undang perlu diambil.
“ketiga inilah bagaimana kita meminta rakyat semua rakyat Malaysia bokot KKmart atas dasar tidak jaga sensitiviti di negara ini, sama juga kita minta seluruh umat Islam untuk kita bagi pengajaran yang keras. Kita boikot segala produk yang dikeluarkan Datuk Aliff.” ujar panjang lebar tentang isu tersebut.
Dalam tinjauan Media Hiburan ke Instagram Datuk Aliff Syukri pula, usahawan selebriti tersebut telah memuat naik sebuah video dengan mengatakan bahawa video lagu raya tersebut hanyalah sekadar April Fool.
“Cuba tulis di bawah siapa yang kena prank dengan saya? Kepada yang menunggu lagu saya itu, April Fool. Maaf semua saya hanya menyakat korang jer, janganlah serius sangat. Hidup ni kena happy jer,” ujarnya.
Manakala dalam satu hantaran lain pula bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, “Maafkan saya. Mohon yang ada video yang korang tak senang tu delete lah, tak payah dipanjang-panjangkan. Maaf ya sahabat semua.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan