Selepas melancarkan album solo ke-20, Sitism yang memuatkan lapan buah lagu pada Jun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini muncul dengan empat buah karya tambahan dalam album edisi deluxe.
Album deluxe Sitism dilengkapi 12 buah buah lagu telah mula dilancarkan di seluruh platform digital bermula 8 September lalu.
Menurut Siti, empat buah lagu terbaharu yang dimuatkan di dalam album Sitism bukanlah lagu bonus tetapi merupakan plan strategi terbaik untuk melengkapkan 12 karya walaupun berjarak dua bulan pelancarannya.
“Ini merupakan salah satu strategi untuk memberikan peluang kepada para peminat, para pencinta muzik, stesen radio dan stesen televisyen menumpukan kepada lagu-lagu dari album Sitism yang dilancarkan pada bulan Jun dan kini dapat menyambung promosi dengan edisi deluxe pula,” katanya.
Ads
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, album Sitism menggambarkan kematangan dirinya seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahannya.
“Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.
“Apabila nama Siti dan imbuhan ism ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 saya,” jelasnya.
Ads
Empat buah lagu terbaharu dalam edisi deluxe ini adalah Senyawa, Kalau Berkasih, Nadi dan Kusedari.
Istimewanya dalam edisi deluxe ini, Siti telah mengundang penyanyi rock legenda dan vokalis Wings, Datuk Awie untuk berduet dalam lagu bergenre tradisional moden, Kalau Berkasih.
Ads
Ini merupakan penampilan pertama Awie merakamkan lagu tradisional dan tentunya gandingan dua penyanyi ternama ini dapat mengangkat muzik tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat.
Terdahulu, Sitism edisi deluxe sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital. Malah, album dalam bentuk fizikal pula boleh didapati di kedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.
Sehingg kini, lagu-lagu di dalam album Sitism telah mendapat 1.6 juta strim sejak dilancarkan sehingga pertengahan September 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Iman Suhana atau nama sebenarnya, Norsuhana Maria Mohamad Wahid berkongsi wajah penuh anak perempuannya yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pelakon Takdir Yang Tertulis itu turut mendedahkan nama anak keduanya ialah Muna Laiqa Muhammad Shazwan,
Dilahirkan secara normal, Iman turut bersyukur kerana proses bersalin dipermudahkan.
“Dilahirkan Secara Normal Seberat 2.7Kg,” – Iman Suhana Kongsi Wajah Bayi, Namanya Muna Laiqa
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Perkenalkan ahli baru keluarga kecil kami, puteri kedua mummy daddy.
“Muna Laiqa Binti Muhammad Shazwan telah selamat dilahirkan pd 22/02/2022 (3.30pm) secara normal seberat 2.7kg. Harini Muna dah genap seminggu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah serta menyatakan doa yang baik-baik buat iman sekeluarga.
Menerusi platform sama, dia turut berkongsikan foto kedua anaknya yang dirakam berdua.
Untuk rekod, Iman berkahwin dengan ahli perniagaan, Shazwan Ibrahim pada 16 Mac 2018 dan turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Maya Inara yang kini mencecah usia empat tahun.
Teruja bakal bergelar ayah tidak lama lagi, pelakon Nadzmi Adhwa menitip ucapan istimewa buat isteri,Ardell Aryana yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).
Kongsi Adhwa, masih banyak yang perlu dipelajari dan perjalanannya bersama Ardell masih panjang dalam kehidupan bergelar suami isteri.
“Kisah Geum Jandi dan Gu Jun Pyo. Setiap hari awak mengadu sakit , mengadu diri makin gemok.
“Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik and tak gemok pun dimata saya.
“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijagakeberadaannya.
“Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan. Syukurilah keberadaannya dengan doa. Terus kuatlah wahai isteri ku. Aku akan sentisa ada menemanimu.
“Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahwa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Iloveyou to infinity @ardellaryana,” tulisnya.
Penyampai segmen Team Pagi Suria iaitu Issey membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh luput 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM.
Menurut Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, keputusan itu buat kerana dia mempunyai perancangan tersendiri.
Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir Issey setelah hampir 3 tahun bersama Suria FM.
“Selamat Tinggal Suria. Hari ni hari terakhir saya di suria. Issey sendiri yang memilih utk tidak disambungkan kontrak di suria.. Saya sayang suria.
“Tapi saya buat keputusan ini sbb saya ada plan saya sendiri. Insyallah nnti sy akn umumkan pda masa yang sesuai. Kenangan 3 tahun di suria akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya.
“Dan Cukup bermakna utk saya dan adik beradik di suria. Jaga diri semua love u all,” tulisnya.
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...