Satu rakaman yang memaparkan reaksi dua gadis Eropah yang kelihatan teruja melihat Zul Ariffin dan Remy Ishak sehingga mengalirkan air mata dan menjerit cukup menggelikan hati.
Malah, setiap tindak tanduk dua jejaka pujaan Malaya ini diiringi dengan ‘tangis kegembiraan’ membuatkan netizen memberikan pelbagai pandangan.
“Orang Eropah punya semangat tengok treler SANGKAR sampai menjerit-jerit tak tentu arah!!
“Siap terkeluar ayat melayu tak sabar nak tunggu filem keluar punya pasal!,” tulis akaun tersebut disusuli tarikh tayangan.
View this post on InstagramA post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on
Lebih melucukan apabila tiba babak klimaks yang menampilkan penyampai radio, Ray melakukan tekan tubi, mula menimbulkan syak wasangka!
Namun menerusi salah satu komen yang diberikan, reaksi yang ditonjolkan dua gadis berkenaan adalah susulan daripada tontonan klip video kumpulan popular Korea, BTS.
Apapun, lelaki Melayu memang punya aura tersendiri. Tak gitu?
Foto : Instagram Astro Shaw
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perasaan Pulang Ke Singapura Berbeza Kini,” – Aaron Aziz Kongsi Rasa Selepas Ibu Tiada, Pasang Niat Mahu Kerjakan Haji Bersama Isteri
Kehilangan ibu tercinta dua tahun lalu ternyata memberikan kesan mendalam buat pelakon, Datuk Aaron Aziz.
Jika dahulu kepulangannya ke Singapura menjadi antara perkata yang dinanti, bagaimanapun kini perasaan tersebut sudah berbeza.
“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiannya, memang saya sudah tawar hati. Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini.
“Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.
“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saja pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.
“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila di ke kubur ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menyedihkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal,”katanya.
Aaron dalam pada itu turut berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan haji bersama isteri, Dayana Halik, selepas lima kali mengerjakan umrah.
“Selepas lima kali buat umrah, kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Mekah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana Covid-19.
“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” katanya yang sudah tiga tahun memasarkan produk wangian di bawah jenama sendiri, The Oud by Aaron Aziz.
Mengulas mengenai perkara itu, bintang Pisau Cukur ini tidak menafikan dia sekarang kian selesa bergelar ahli perniagaan.
Sementara itu bercakap mengenai produk berkenaan, Aaron bersyukur dengan penerimaan baik pengguna terhadap tiga produk di bawah jenamanya kini.
Lebih membanggakan, The Oud by Aaron Aziz turut menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.
“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance.
“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan. Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah,”katanya.
Melihat perkembangan The Oud by Aaron Aziz dari awal pengenalannya, Aaron yang juga ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd. mendedahkan, dia sendiri tidak sangka apa yang dimulakan sebagai satu kepuasan diri ini membawa kepada satu peluang yang cukup besar untuk dia meneroka dunia perniagaan sekarang.
“Bila diberi ruang Nori Malaysia untuk saya muncul dengan wangian sendiri saya memilih bauan popular tanah suci. Kalau kita tahu bauan Oud ini memang mahal, jadi bila saya kenalkan bauan ini di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz dengan harga yang jauh lebih murah ramai yang tidak percaya.
“Tetapi di sini apa yang saya utamakan adalah kualiti pembuatan selain memastikan ia setanding dengan bauan antarabangsa lain.
“Ketika saya mulakan The Oud by Aaron Aziz juga menjadi niat saya untuk membantu orang di luar sana memulakan perniagaan. Jadi bila dalam tempoh PKP lalu, memang ini antara yang banyak membantu mereka.
“Alhamdulilah sepanjang tiga tahun hampir 100,000 botol sudah terjual selain pasaran Malaysia, antara yang negara lain yang turut memberi sambutan yang baik adalah Singapura dan Brunei,” jelasnya.
Aaron juga akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.
“Buat masa ini kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma buat masa ini kami memberi tumpuan kepada tiga produk ini dahulu, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance.
“Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana.
“Selain itu melalui Nori Malaysia juga saya bersyukur produk The Oud by Aaron Aziz juga mudah didapati. Ketika ini semua produk kami berada di rangkaian Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Shah Alam, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi.
“Selain itu, ia juga boleh didapati di Wetex, Muar yang juga outlet Nori,” tambahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mara Ke Final Macam-Macam Benda Berlaku,” – Akaun IG Digodam & Hilang Linda Nanuwil Geram
Penyanyi yang juga bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Linda Nanuwil telah memaklumkan akaun Instagram miliknya telah digodam individu yang tidak bertanggungjawab.
Linda berkongsi berita tersebut bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram yang baharu.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini meluahkan rasa sedih dan marah mengenai insiden tersebut.
“Panic and stressed bila account lama ( lindananuwil ) kena hacked! Nak masuk minggu semi final & mara ke final macam2 benda berlaku.
“Marah, geram and nak nangis pon ada .. tapi it’s ok la.. pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini .. bersabar saja .. let’s start fresh and move forward!!,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Linda antara 7 peserta yang telah berjaya mara ke pentas akhir GV7 pada Ahad hadapan.
GV7 diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung di Astro Ria.
Foto: Instagram Linda Nanuwil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fazura Terkilan, Asyik Terima Naskah Stereotaip ‘Berebut Lelaki’, Punca Hilang Dari Dunia Lakonan
Isi Kandungan
ToggleNur Fazura antara bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan. Berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Namun, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Hingga menimbulkan beberapa spekulasi yang kurang enak didengari, adakah pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra diapa Faz memendam rasa kecewa terhadap industri seni tanah air?
Ini respon yang diberikan Faz bagi menepis spekulasi-spekulasi yang timbul berhubung peglibatanya sebagai anak seni.
Bukan Tak Mahu Berlakon, Tapi Faz Terkilan..
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Tak Merajuk, Cuma Faz Mahu Beri Peluang Kepada ‘Pendatang Baharu’
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel yang diolah semula dari REMAJA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram MissFazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI