Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil menjawab susulan sekeping foto tular gambar fotonya yang disarungkan cincin sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada dia kini bergelar tunangan orang atau sebaliknya.
Meski foto berkenaan diambil dari sudut sisi, namun ia jelas menampakkan wajah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Risik Pada Hati itu.
“Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.
“Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, sekeping gambar Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.
Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama menerima perhatian dan spekulasi netizen
Bagaimanapun Menerusi perkongsian tersebut, dia memohon agar netizen berhenti membuat telahan susulan masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.
Selain Shuib, Zara juga pernah dikaitian dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Penting Tutup Aurat, Tak Salah…,” – Vida Pakai Telekung Meleret, Ada Tanya Tak Kotor Kah?
Kemeriahan sambutan Ramadan yang penuh keberkatan mula dirasai apabila seluruh umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf masjid bagi menunaikan solat sunat terawih yang pertama bagi tahun 1444 Hijrah pada malam Rabu.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ada berkongsi video ucapan bersempena kehadiran bulan Ramadan.
Dalam titipannya itu, Vida mendoakan agar seluruh umat Islam dapat merasai nikmat beribadah disepanjang bulan yang mulia ini.
“Assalamualaikum, salam Ramadan daripada saya. Semoga ibadah kita diterima Allah, diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa, diberikan kesihatan yang baik serta perlindungan dan hidayah.
“Kebahagiaan dan kekayaan di dunia serta akhirat,” katanya.
Bagaimanapun, selain daripada ucapan tersebut, antara yang turut menarik perhatian netizen adalah telekung labuh yang dikenakan oleh penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu sewaktu berkunjung ke Masjid Wilayah.
Telekung berkenaan dilihat amat labuh sehingga memakan banyak ruang.
Video berkenaan nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan telekung tersebut tidak praktikal untuk dipakai ketika solat jemaah.
“Tu kalau solat saf macam mana? Kena jarak ke? Ke boleh pijak je telekung tu? Kita ni bagus kalau ada niat yang baik bila nak buat sesuatu tapi buatlah sesuatu yang betul-betul ada manfaat pada kita dan orang lain.
“Tak mengganggu jemaah ke labuh-labuh tu? Pertama, menarik perhatian. Kedua, saf macam mana?
“Tak kotor ke kain meleret ke jalan nak bit solat tu?,” antara komen-komen netizen.
Dalam pada itu, terdapat juga selintir pihak yang memberikan komen positif kerana merasakan telekung tersebut tidak mempunyai sebarang masalah asalkan menutup aurat dengan sempurna.
“Biarlah dia. Jangan asyik cari kesalahan. Bulan puasa kan.
“Ajar diri jangan pernah buruk sangka. Saling mendoakan.
“Yang penting tutup aurat. Tak salah pun. Kalau ketawa baru tak sah. Mengundang dosa,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Vida telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.
Sebelum ini, nama Vida hangat diperkatakan netizen gara-gara mengenakan stail telekung yang hampir sama sewaktu menghadiri acara Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Sri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sampai Hati Nak Pukul Mira Filzah,” – Zarina Zainuddin
Pelakon senior, Zarina Zainuddin akui dia tidak sampai hati untuk melakonkan babak memukul rakan pelakon, Mira Filzah atas beberapa sebab.
Bagaimanapun, sebagai pelakon masing-masing sudah sedia tahu mengenai watak yang dibawa perlu realistik.
Situasi tersebut diceritakan Zarina menerusi entri video di Instagram yang telah dikemas kini untuk tatapan umum.
“Tak sampai hati nak pukul @mfmirafilzah sebab wajah dia suci, watak ni kot saya lemah dan Mira ni budak baik jadi nak pukul sikit pun sayang.
“Tapi saya cakap kat dia pelakun yang baik yang boleh memberi dan menerima… dia pandang dan senyum takpe pukul laa tapi jgn kuat kuat yea,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Dua bintang berkenaan kini dalam penggambaran drama terbaru arahan Rashid Sibir, Kau Bidadari untuk tayangan Ramadan nanti yang turut menampilkan Zul Ariffin sebagai bintang utamanya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Zarina sudah pun ditonton hampir 100,000 kali.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Foto: Instagram Zarina Zainuddin, Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Layari Media Sosial Sampai 4.00 Pagi, Bila Ada Ceramah Agama Saya Terus Skip. Namun…,” – Serina Redzuawan Cerita Proses Hijrah, Tutup Aurat
Berkongsi kembali detik penghijrahan, jelas pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan, dia mula mempersoalkan dugaan yang diterima selepas bahtera perkahwinan mula goyah.
Kes perebutan anak menjadi kemuncak kepada permasalahan dalam hidupnya.
Jelas Serina, perceraian yang berlaku menyebabkannya mula muhasabah diri dan merenung kembali di mana kesilapan.
“Tiada orang yang berkahwin, nak berpisah. Ketika diuji, saya bertahan lama juga sebenarnya. Dalam keadaan perkahwinan yang tidak bahagia. Dan saya tidak pernah ceritakan keburukan aib bekas suami kepada keluarga.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dibuat waktu itu. Akhir sekali kami ambil keputusan untuk berpisah untuk kebaikan bersama. Selepas ia berlaku, kita dapat rasai perbezaan, dulu ada suami, seseorang untuk bersama dan tiba-tiba kita berseorangan.
“Disebabkan perceraian itulah, salah satu asbab untuk saya muhasabah diri. Alhamdulillah, untuk cari balik kenapa Allah duga saya,” jelasnya menerusi laman Instagram Zayan.
Malah jelas anak kepada Chef Wan ini, dia sedar bukan mudah untuk membimbing seorang mualaf lebih-lebih lagi dengan keadaan diri yang tidak sempurna dalam tuntutan Islam.
“Sebab kadang-kadang kita tidak sedar bila Allah turunkan rezeki yang melimpah ruah, saya cari balik, kenapa Allah ambil kembali apa yang saya sayang. Dan bila saya muhasabah diri, saya tahu ini yang terbaik Allah suratkan.
“Maknanya ada kebaikan atau rahmat yang Dia telah aturkan untuk kita pada masa akan datang.
“Saya sedar untuk menjaga Muslim, seorang mualaf bukan mudah. Kita sendiri pun kena menjadi seorang muslim yang sempurna. Dan ketika itu saya pun belum mendapat hidayah,” katanya lagi.
Ulas pelakon berusia 37 tahun ini lagi, selama ini dia lalai dalam mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan dan dugaan ini merupakan satu titik tolak dalam perubahan besar hidupnya.
“Dan ketika Allah ambil bekas suami, memang saya terduduk dan sedih. Rasa macam saya sudah banyak lupakan Allah. Dan yang paling saya sedih, apabila Allah beri bermacam-macam rezeki, kita lupa untuk bersyukur dan berterima kasih. Kalau sekadar mengucap Alhamdulillah, memang tidak cukup, Allah beri lebih daripada itu. Dan saya sedar selama ini saya lalai, saya lupa apa yang patut dibuat, sudah lama saya jauh daripadaNya. Akhirnya bila Allah tunjuk, saya nampak, Dia mahu saya kembali.
“Dan apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila melibatkan kes penjagaan anak. Seorang ibu tiba-tiba berpisah dengan anak-anak. Hak penjagaan masih lagi berlawan di mahkamah, berebut anak. Saya sedih, anak ini anak kita bersama tapi bila berpisah kita kena berebut. Itu harta kita bersama, jadi kita jagalah bersama.
“Apabila Allah beri musibah atau tarik sesuatu nikmat, dia mahu kita muhasabah diri. Jadi janganlah bila diduga, kita memberontak, ia akan menghancurkan diri. Apabila diduga, orang selalu menyalahkan takdir. Namun saya anggap, Allah mahu pimpin saya. Allah mahu beri hidayah, bukan semua terpilih,” kata ibu kepada dua anak ini.
Dalam pada itu, katanya lagi, hidayah datang dalam pelbagai bentuk dan baginya sendiri, Facebook merupakan pencetus utama. Keasyikan melayari laman sosial menemukannya dengan ceramah agama yang terus menjentik lubuk hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Allah akan beri hidayah melalui perkara yang kita suka. Saya suka melayari media sosial kadang kala sehingga pukul 4.00 pagi. Selalunya apabila ada ceramah agama, saya akan terus skip. Namun pada satu hari, posting di Facebook saya semuanya berkisar mengenai ceramah agama. Allah jentik hati untuk tengok sekali. Selepas tengok sekali, rasa jatuh hati dan ketagih. Jadi hari-hari say amula tengok ceramah. Dan saya terjumpa seorang guru di Facebook dan dia mengajar saya ilmu agama.
“Saya tanya dia, saya mahu berubah menjadi orang yang lebih baik. Bagaimana mahu menutup aurat yang sebetulnya,” katanya panjang lebar.
https://www.instagram.com/tv/B628-sapS00/?igshid=2t8dp2ch0i02
Serina sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Ogos 2017.
Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef O’luanaigh, 8 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 7 tahun.
Foto : Instagram Zayan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI