Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus ada memberikan jawapan kepada persoalan mengenai apakah harus andai sekeping kad undangan perkahwinan ditulis perkataan ‘Bismillah’.

Serta, bagaimana andai kad tersebut dibuang selepas digunakan.

Lalu pendakwah tersebut memberikan pencerahan bahawa, hukum mencetak ayat suci pada kad kahwin adalah makruh.

Ini kerana, dikhuatiri dan ada kemungkinan kad tersebut tidak terpelihara atau mungkin tercemar seperti dibuang pada tempat kotor.

Ads

“SOALAN : Apakah harus kita menulis bismillah pada kad kawhin dan bagaimana kalau kad itu dibuang selepas digunakan?

JAWAPAN : Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara dari tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah,” tulisnya.

Ads

Beliau pada masa sama turut menitipkan perinciannya itu berdasarkan dalil dari kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah.

View this post on Instagram

TULIS BISMILLAH PADA KAD KAHWIN SOALAN : Apakah harus kita menulis bismillah pada kad kawhin dan bagaimana kalau kad itu dibuang selepas digunakan? JAWAPAN : Makruh hukumnya menulis ayat Quran seperti Bismillah dan seumpamanya di atas kad undangan kahwin kerana kemungkinan kad itu tidak terpelihara dari tercemar seperti dibuang pada tempat kotor seperti tong sampah. Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah : ذهب الشافعية وبعض الحنفية إلى كراهة نقش الحيطان بالقرآن مخافة السقوط تحت أقدام الناس ، ويرى المالكية حرمة نقش القرآن واسم الله تعالى على الحيطان لتأديته إلى الامتهان Artinya : “Ulamak mazhab Syafie dan sebahagian ulamak mazhab Hanafi berpendapat makruh ditulis ayat Quran pada umpama dinding kerana dibimbangi jatuh ia di bawah kaki manusia. Dan ulamak mazhab Maliki berpendapat haram menulis ayat Quran dan nama-nama Allah di atas dinding kerana bolih membawa kepada dipermudahkan dengannya.” Ada pun orang yang mempiliki kad bertulis ayat Quran seperti Bismillah itu wajib memeliharanya dari terkena kotoran atau jatuh pada tempat yang tidak layak baginya seperti jatuh ke atas najis atau kotoran atau seumpamanya. Barang siapa membuang suatu yang tertulis padanya ayat-ayat Quran dan nama-nama Allah dengan sengaja ke tempat yang kotor seperti tong sampah nescaya hukumnya adalah haram. Ada pun jika berniat ketika membuangnya itu menghina atau mempersendakan Al-Quran maka jadilah orang itu kafir murtad. Berkata Imaam Nawawi : وأجمعوا على أن من استخف بالقرآن أو بشيء منه أو بالمصحف أو ألقاه في قاذورة أو كذب بشيء مما جاء به من حكم أو خبر ، أو نفى ما أثبته أو أثبت ما نفاه أو شك في شيء من ذلك وهو عالم به كفر Artinya : “Dan telah ijmak olih ulama katas barang siapa meringan-ringankan akan ayat Quran atau suatu darinya atau mushaf atau mencampaknya pada tempat yang kotor atau mendustakan suatu yang datang dari Quran samada hukum dalam Quran atau kisah yang disebut dalam Quran atau ia nafikan apa yang ada di dalam Quran atau ia tambah apa yang tiada dalam Quran atau dia ragu suatu daripadanya sedangkan dia sedar dengannya maka jadilah ia kafir.” (Kitab Al-Majmu’) – sambungan diruangan komen

A post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal) on

Ads

Malah, beliau menasihatkan agar ia ditulis dalam Bahasa Melayu, termasuk doa yang berkaitan.

“Apakah Harus Menulis ‘Bismillah’ Pada Kad Kahwin & Bagaimana Kalau Kad Itu Dibuang…,” – Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Foto: Instagram Ustaz Azhar Idurs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI