Menyifatkan rezekinya dalam kerjaya nyanyian kian mencurah-curah ketika ini, penyanyi dan komposer Sufian Suhaimi tidak menafikan pelbagai kisah yang terjadi di dalam sisi peribadi hidup sedikit sebanyak memberi impak tersendiri buat single hitsnya, Di Matamu.

Lagu tersebut merupakan antara 12 lagu yang berjaya mara ke malam Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33), Februari depan.

Berkongsi perkara itu dengan lebih lanjut, Sufian memberitahu andai ‘tiada apa’ yang berlaku dalam hidupnya setakat ini, lagu tersebut mungkin hanya menjadi seperti barisan lagu-lagunya yang lain.

“Lagu Dimatamu mungkin akan berkumandang di radio seperti biasa. Cuma cerita di sebalik lagu itu yang kita tak boleh beli. Meski dah banyak kali saya nafikan, tetapi ‘benda itulah’ yang paling dekat.

Ads

“Orang tak boleh nak buang. Setelah berkali-kali saya nafikan ia tiada kalitan dengan kisah peribadi tapi masih ada yang mengaitkan,” katanya kepada MH.

Sufian bagaimanapun positif, selagi ia tidak menjejaskan nama baik mana-mana pihak.

Ads

“Selagi tak merosakkan imej atau nama sesiapa, itu terpulanglah kepada pendengar untuk memberi interpretasi terhadap lagu berkenaan. Pada masa sama, ia beri idea untuk saya meletakkan vidual lagu itu di mata pendengar.

Ads

“Bagaimana mereka melihat lagu itu, itulah yang saya akan cuba persembahkan di AJL nanti, insyaAllah,” terangnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sufian juga baru sahaja melancarkan lagu Di Matamu 2.0 yang turut menampilkan kumpulan dari seberang, Shima Band.

Foto: Instagram Muzik-Muzik/ Sufian Suhaimi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI