Semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak di sebuah sekolah rendah yang menarik perhatian ramai gara-gara membawa bekal makanan di dalam mangkuk tingkat.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian warga maya sehingga ada yang menjadikan perkara berkenaan sebagai bahan jenaka.
Antara yang turut memberikan respon mengenai isu tersebut termasuklah penyanyi dan penulis lagu Amir Jahari.
Jelas Amir, kebiasaannya dia tidak mengambil kisah mengenai isu-isu yang tular di media sosial tetapi kali ini dia berasa amat sedih mengenangkan nasib anak kecil itu.
“Aku biasanya tak geram dengan apa pun orang tengah viral macam Isarb ke siapa ke, biaq p depa semua la kan.
“Tapi ni buat aku sedih dan geram nak marah, how could u, yang ambik gambar, yang viralkan. Ya Allah, apa la salah adik ni dan keluarga adik ni nak dimalukan sampai viral.
“Sedap kot masakan mak buat, harini hari jadi mak aku, aku sampai Kuching aku terus minta mak masakkan makanan hantar kat aku di pusat quarantine ni,” jelasnya yang ketika ini sedang menjalani tempoh kuarantin setibanya di Kuching, Sarawak.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Aku Juga Manusia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.
Pada masa sama, Amir turut meluahkan rasa geram terhadap individu-indivu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto kanak-kanak tersebut sehinga mengundang kecaman daripada ramai pihak.
“Kau pergi gelakkan sebab bekas makanan dia besar? bertingkat? air botol besar?? Kau gelakkan sebab tu??? KUBUR SAMA BESAR NANTI, INGAT. KAT DUNIA KAU AIBKAN MANUSIA LAIN, KAT AKHIRAT BELUM PASTI LEPAS.
“Kepada adik dalam gambar dan keluarganya, jangan peduli kata orang, kita jadi kita, kita buat apa kita rasa betul, manusia ni memang begitu, semua masih hadapi ujian di muka bumi ni,” katanya lagi.
Sementara itu, Amir juga dilihat ada menitipkan kata-kata semangat buat ibu dan juga bapa kepada kanak-kanak viral itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut berharapa agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang terutamanya buat anak-anak yang masih lagi di sekolah rendah.
Sumber: Instagram Amir Jahari