“Apapun Yang Terjadi Hari Ini, Bersabarlah…,”- Allah Menguji Kata Siti Sarah

Share

Tidak mudah untuk bangkit dari kesusahan dan kekecewaan yang pernah dilaluli, penyanyi Siti Sarah ada memberi kata-kata nasihat bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

Menurut penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kesetiaan ini, kita harus sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang berlaku dalam kehidupan kita.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menegaskan jangan mudah menyerah dan putus asa.

“Apapun yg terjadi hari ini, .Bersabarlah. Allah selalu menguji orang yang masa depannya BESAR.

“Dengan KESULITAN dan KEKECEWAAN. Yang penting…

“Kita tidak MENYERAH… SUKSESS sedang menunggu dihadapan ! @ratasyacosmetics,” tulisnya.

Lalu, kata-kata nasihat yang disampaikan oleh isteri kepada pelawak Shuib itu mendapat pujian daripada peminat.

Diharapkan perkongsian penyanyi berusia 34 tahun itu dapat dijadikan panduan kepada semua.

Video : Instagram Siti Sarah

Published by
Nazar Rafiqhi