Pelakon Mira Filzah tampil membuka pandangan serta pengalaman para penjaga berhubung perkembangan anaknya, Wan Khair Amir yang melalui fasa yang tidak kerap makan.

Baharu sahaja menginjak usia setahun, Mira merancang ajar anaknya itu makan sendiri. Hal tersebut selepas permata hatinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat demam, sebelum ini.

“Okay Mira sekadar nak tanya pendapat atau cadangan berdasarkan pengalaman masing-masing.

“April lepas Amir pernah demam sampai masuk hospital. Ever since then dia memang tak nak makan sangat. Sampai sekarang, kadang-kadang dia makan kadang dia buang balik dari mulut walaupun makanan tu makanan biasa dia makan/suka atau makanan baru.

“Amir tak pernah makan sendiri. Memang selalu bersuap. Mira shooting sampai puasa lepas, ingat lepas Raya ni nak ajar dia makan sendiri.

“Tapi bila tak nak makan sangat + bagi makan sendiri, lagi lah tak makan. Is it just one of the phases, memang akan ada fasa tak nak makan set or macam mana?,” kongsinya.

Ads

Mira meluahkan perkata tersebut menerusi perkongsian Ask Me Question menerusi Insta Stories, baru-baru ini.

Malah Mira pada masa turut bertanya tips yang boleh dipraktikkan bagi memujuk anaknya itu supaya terus berselera untuk menjamah makanan.

“Mommies ada tips tak macam mana nak pujuk anak makan? Today for breakfast Mira buat overnight oatmeal for Amir.

Ads

“Ni dia makan, tapi tak banyak sangat sebab dulu lagi banyak makan. And this is his favourite. For lunch Mira but rice balls with egg + broccoli. Bagi dia makan sendiri dan suapkan juga. Amir tak makan.

“For dinner, Mira buat sup salmon + potato. Makan dgn nasi putih. Ni makan sikit,” tulisnya lagi.

“April Lepas Amir Demam Sampai Masuk Hospital, Sejak Itu…” – Mira Filzah Minta Tips Cara Nak Pujuk Anak Makan “April Lepas Amir Demam Sampai Masuk Hospital, Sejak Itu…” – Mira Filzah Minta Tips Cara Nak Pujuk Anak Makan “April Lepas Amir Demam Sampai Masuk Hospital, Sejak Itu…” – Mira Filzah Minta Tips Cara Nak Pujuk Anak Makan

Ads

Namun bintang ini bersyukur kerana meski tak selera untuk makan, namun anaknya itu masih sihat dan aktif seperti kanak-kanak seusianya.

“But Amir is healthy, happy and active. Cuma concern Mira dia kurang makan. If Mommies ada tips please share okay! New menus ke apa ke,” jelasnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI