Ara Johari Ambil Resepi Air Tangan Ibu, Mahu Kembangkan Bisnes Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Oh Sedapnya!

Share

Penyanyi Ara Johari mengakui pada fasa sekarang, dia tidak mahu menjadikan soal cinta sebagai keutamaan, apatah lagi dia kini sedang gigih membina nama, seterusnya mengumpul aset buat keluarga.

Kongsinya kepada MH, dia lebih utamakan ibu bapa dan turut menyimpan impian untuk menghadiahkan rumah buat kedua orang tua.

“Saya rasa bukan masanya untuk saya fikir soal cinta. Kalua boleh biarlah diri ni betul-betul stabil dan soal kerjaya. Itu lebih baik dan pada masa sama, saya pun nak senangkan mak ayah dulu. Mahu kumpul duit beli rumah, insyaAllah,” kata Ara menanam azam.

Selain itu, penyanyi yang kini muncul menerusi single baru berjudul paku ini juga turut berhasrat untuk membuka bisnes kedai makan.

“Saya adalah rancang mahu bukan restoran berasaskan masakan Daging Salai Masak Lemak Cili Api, resipi asal dari Negeri Sembilan yang diambil dari emak,” terang Ara.

Ditanya mengapa mahu membuka bisnes kedai makan, Ara mengakui perniagaan berkenaan tidak bermusim dan pasti akan mendapat tempat di hati pengunjung andai ia di menghidangkan resipi enak.

“Kalau nak diikutkan, bisnes makanan ini memang diperlukan orang ramai dan bukannya bermusim sifatnya. Kiranya inilah antara impian yang mahu saya capai dahulu sebelum bercinta atau berkahwin.

“Mungkin selepas umur 25 tahun baru saya nak fikir soal cinta,” kongsinya lagi yang sebelum ini pernah menjalankan bisnes katering, Ara Kitchen.

Terdahulu, Ara ditemui MH pada konsert Evolusi PJ 2018 yang telah pun diadakan di Dataran Petaling Jaya. Turut sama memeriahkan acara kemuncak itu ialah Akim & The Majistret, Waris, Masya Mashitah, XPDC dan ramai lagi.

Foto: Instagram Ara Johari

Published by
Rafiq Mazlan