Ariana Grande & Suami Menuju Fasa Bercerai Selepas Dua Tahun Mendirikan Rumah Tangga

Share

Penyanyi dan pelakon popular, Arian Grande dilaporkan dalam proses perceraian dengan suaminya, Dalton Gomez selepas dua tahun berkahwin.

Menurut laporan portal hiburan antaraangsa, Page Six, pasangan yang berkahwin sejak Mei 2021 itu tidak duduk sebumbung sejak awal tahun ini. Walaupun begitu terdapat usaha untuk menyelamatkan perhubungan yang sudah dibina.

Menurut halaman itu lagi menerusi sumber terdekat mereka. Keputusan untuk bercerai merupakan keputusan yang dibuat bersama dan mereka sudah mengalami masalah rumah tangga sebelum Januari 2023 lagi.

Biarpun mengambil keputusan untuk bepisah, mereka mahu kekal sebagai kawan. “Mereka membuat keputusan bersama-sama,” ujar sumber.

Dalton, 27, dikatakan telah melawat Ariana, 30, yang berada di kota London untuk penggambaran filem Wicked dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tanganya, namun tidak berjaya.

Dalam tinjauan MH ke laman Instagram Ariana, fotonya bersama Dalton masih ada di dalam beberapa hantaran namun gambar perkahwinan mereka sudah dipadamkan.

Ketika perkahwinan mereka dua tahun lalu, Ariana yang merupakan bintang Hollywood terkenal mengadakan majlis penuh privasi di kediamannya sendiri. Memilih orang biasa, Dalton bukanlah seorang yang popular sebaliknya merupakan seorang ejen hartanah.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

Published by
Fiezreen