
Pasangan ahli perniagaan, SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan telah selamat menimang cahaya mata perempuan mereka pada 16 Julai 2020 lalu.
Menerusi Instagram, Chryseis ada berkongsi wajah foto puteri mereka buat kali pertama untuk tatapan umum beberapa hari lalu.
View this post on InstagramIntroducing our little precious love..💕 Arianna Kyla Tan SM Faliq 🥰 16.07.2020 🍼 2.9kg
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Dilahirkan dengan berat kira-kira 2.9 kilogram, pasangan ini turut mengumumkan nama yang indah buat puteri sulung mereka, Arianna Kyla Tan.
“Introducing our little precious love… Arianna Kyla Tan SM Faliq, 16.07.2020, 2.9kg,” tulisnya ringkas.
Chryseis turut berkongsi foto mereka sekeluarga.
View this post on InstagramOur first family pic 👨👩👧 – checking out of the hospital! We’re going home together..🥰❤️
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Serentak dengan perkongsian berita gembira itu, para pengikut usahawan terbabit termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah buat Chryseis dan suami.
Pasangan usahawan Naza Group dan Berjaya Group ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Foto: Instagram Chryseis Tan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukti Pertama Ikatan Cinta Ayah & Mama,” – Enggan Anak Lalui Zaman Jahil, Ini Nukilan Aeril Zafrel Sempena Hari Lahir Anak Sulung

Meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang ke-8, pelakon, Aeril Zafrel sekali lagi mencuri tumpuan netizen menerusi titipan doa indah buat anak lelakinya itu.
Dalam ucapannya itu, Aeril menyifatkan kehadiran Attar sebagai sumber kekuatan dan keutuhan cintanya bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Wawa Zainal.
“Hari ini genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan buat anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang.
“Attar…bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sabda Kekasih itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aeril turut memaklumkan dia juga akan sedaya upaya mempersiapkan anaknya itu dengan didikan agama yang terbaik sebagai persediaan demi meneruskan legasi keluarganya pada masa akan.
“Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.
“Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu
“Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah dan mama,” jelasnya lagi.
Sedar iman dan taqwa tidak dapat diwarisi, namun, Aeril tetap berharap agar anaknya itu sentiasa berpegang dengan nasihat-nasihatnya selama ini.
“Sungguh iman dan taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat Iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.
“Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Peluk cium penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu,” akhirnya.
Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2013.
Selain Attar, pasangan ini turut memiliki dua orang lagi cahaya mata, Hayla Adzkiya, 6, dan Aya Soffya, 9 bulan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Tiada Siapa Suka Dimalukan Di Social Media,” – Rupanya Mimi Fly, Antara Wakil NGO Buat Laporan Polis Perilaku Aliff Syukri

Mimi Fly telah memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video dimuat naik Datuk Aliff Syukri di Instagram.
Ia semuanya berhubung tindakan usahawan selebriti itu yang bertindak memukul anak perempuannya, Qadeja gara-gara membuka tudung.
Lalu, mereka menegaskan isu memalukan di khalayak umum menjadi satu kebiasaan sehingga menyebabkan berlakunya penderaan emosi.
Malah, penyanyi wanita ini turut berkongsi fakta mengenai penyakit mental yang merupakan sakit kedua paling kritikal selepas sakit jantung.
“Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara.
“Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”.
“Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur.
“Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri.
“Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life?,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on
Di ruangan komen, beberapa selebriti lain turut memberikan komen atas tindakannya.
Walaupun ramai yang menyokong, namun segelintir juga meminta agar penyanyi berkenann tidak mencampuri urusan seorang bapa mendidik anaknya.
Foto : Instagram Mimi Fly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Tak Pernah Sekalipun Mintak Apa-Apa…,” – Buat Kejutan 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa Ikhlas Hati Hadiahkan Ardell Aryana Toyota Alphard Baru

Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat teruja kerana berjaya membuat kejutan bersempena hari lahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi dilihat telah menghadiahkan isterinya itu sebuah kereta baru jenis Toyota Alphard berwarna hitam.
Jelas Nadzmi, hadiah tersebut diberikan bagi menggantikan Toyota Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang telah pun digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.
“Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.
“TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya. Forever Loving You,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Busut Bonang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik kepada anaknya.
Katanya lagi, dia sengaja mengadakan kejutan tersebut lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell.
“Sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini.
“Kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang
Kisah semalam jam 10:47 malam,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga keluarga ini akan terus sukses dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI