Meski penyanyi remaja, Ariff Bahran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya baik dengan Sarah Suhairi, namun Sarah menjelaskan dia tidaklah sampai tahap bercinta dengan penyanyi muda itu.
Terkejut apabila dikatakan bercinta, penyanyi lagu Pedih ini menegaskan Ariff sekadar teman biasa sahaja.
“Tak betul sebenarnya cuma mungkin bila ada nampak gambar kami bersama, terus ada pihak yang beri pendapat saya bercinta. Bila saya baca, terkejut jua,” katanya jujur kepada MH.
Malah, Sarah turut mengulas mengenai perjalanan karier yang lebih banyak tertumpu kepada soal cinta.
Boleh dikatakan, Sarah pernah dikaitkan dengan selebriti seperti Ismail Izzani, Ariff Bahran dan Andi Bernadee.
“Apa pun, saya selesa berkawan dengan golongan lelaki kerana mereka tak banyak drama.
“Lagipun saya memang seorang yang lasak, bayangkan sewaktu tingkatan empat, saya satu-satunya perempuan yang bawa motor ke sekolah,” katanya yang turut rapat dengan Sissy Iman dan Wanie Kayrie.
Foto – MH
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Marissa Kongsi Foto ‘Wefie’ Bersama Umisya; “Some Assumption Needs Clarification Right?”
Anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil memuat naik foto bersama madunya, Umisya Mazlan.
Gambar yang dirakam secara ‘wefie’ itu dikongsikan Marissa menerusi Insta Stories, pada Ahad.
Ia sekaligus menjelaskan mengenai hubungan terkini di antara mereka berdua.
Malah menerusi foto sama, Marissa menulis, ‘Ada ketikanya ada andaian yang memerlukan penjelasan, betul?’.
Sebelum ini, Marissa didakwa bernikah dengan Aslam yang juga suami Umisya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya berpisah.
Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50,” – Hafidz Roshdi
“Tengok jodoh macam mana. Rasa sayang itu 50-50.”
Demikian kata pelakon, Hafidz Roshdi ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk kembali bersama dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hafidz berkata demikian ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, pagi tadi.
Mengulas lanjut mengenai prosiding tersebut, Hafidz menjelaskan Nurul Shuhada tampil dengan sebutan baharu.
“Untuk hari ini ada sebutan kes baharu, jadi kita serahkan kepada mahkamah. Apa saja keputusannya, lafaz itu dibuat atau tidak, saya serahkan kepada mahkamah.
“Alhamdulillah saya okey. Tiada sebarang komunikasi bersama Shuhada. Saya diminta untuk tidak mengacau pihak Shuhada dan saya mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi,” katanya.
Ditanya mengenai urusan bertemu anak-anak, Hafidz, 29, menyerahkan perkara tersebut kepada peguam.
“Itu urusan antara peguam dan peguam. Setakat ini, belum lagi bertemu anak. Kalau diikutkan, sudah lebih kurang tiga minggu. Saya berkomunikasi dengan mereka menerusi panggilan telefon dan video,” katanya lagi.
Tambah kepada dua orang anak itu, dia berharap agar kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan secara baik.
“Semoga saya dan pihak sana dapat selesaikan dengan cara baik. Tiada sebarang benda yang merumitkan, semuanya baik-baik sahaja,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata pihak plaintif menyatakan tuntutan baharu bahawa adanya lafaz cerai baharu yang berlaku pada 22 Januari lalu, justeru mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.
“Hari ini adalah tarikh sebutan pertama, permohonan ini difailkan bersama-sama oleh plaintif dan defendan. Jadi, ketika itu tiada timbul lafaz kedua. Tiba-tiba, semalam kami dapat penyata dari pembelaan, ada tuntutan balas daripada defendan.
“Tiba-tiba dia berkata ada satu lagi talak yang dilafazkan oleh Hafidz. Itu mahkamah akan tentukan. Jadi, kita akan masukkan jawapan dan pembelaan kepada tuntutan itu. Sebelum ini dia tidak menyatakan tuntutan itu yang dilafazkan pada 22 Januari.
“Kes kita pagi ini adalah berkaitan tuntutan pada 22 Februari. Kami terkejut kerana mereka memfailkan tututan pertama itu bersama. Jadi kami perlu membela.
“Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz itu,” katanya.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu.
Sebelum itu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz, 29, sah bercerai dengan talak satu dengan kakaknya itu, 29, pada 22 Februari lalu.
Sofia mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.
Pada 13 Mac lalu pula, Mahkamah Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim, Siti Fatimah Talib, yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi, pada 2 Mac lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda, bagi sabitan mengikut Seksyen 323.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkata ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, dikenali sebagai Athira Yuhada.
Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubung dengan pelakon itu, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka, selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Senafas Rindu, Elizabeth Tan Sekali Lagi Tampil Bertudung…Kali Ini Projek Apa Pula?
Selepas tamat drama rantaian Senafas Rindu yang menyaksikan heroinnya, Elizabeth Tan tampil mengenakan tudung sebagai memenuhi tuntutan watak, kali ini penyanyi Polis Entry itu sekali lagi membuat kejutan dengan memuat naik posting foto bertudung.
Perkongsian yang dilakukan Lizzy awal semalam menerusi Instagram itu membuatkan ramai teruja.
View this post on InstagramLizzy dah masuk set balik harini…. Cuba teka Lizzy sambung shoot ape hehehe ???
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
“Lizzy dah masuk set balik harini…. Cuba teka Lizzy sambung shoot ape hehe,” tulisnya memberi tanda tanya.
Bagaimanapun, ada yang seakan sudah dapat meneka penampilan terkininya itu adalah projek terkini buat drama Senafas Rindu Raya.
Bagaimanapun, pertanyaan peminat mengenai perkara tersebut tidak pula dibalas Lizzy. Apa pun, sama-samalah kita nantikan okay!
View this post on InstagramBye bye Fariz and Ain… for now. Heheheh. ❤ #SenafasRindu
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
Foto: Instagram Elizabeth Tan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI