Meski penyanyi remaja, Ariff Bahran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya baik dengan Sarah Suhairi, namun Sarah menjelaskan dia tidaklah sampai tahap bercinta dengan penyanyi muda itu.
Terkejut apabila dikatakan bercinta, penyanyi lagu Pedih ini menegaskan Ariff sekadar teman biasa sahaja.
“Tak betul sebenarnya cuma mungkin bila ada nampak gambar kami bersama, terus ada pihak yang beri pendapat saya bercinta. Bila saya baca, terkejut jua,” katanya jujur kepada MH.
Malah, Sarah turut mengulas mengenai perjalanan karier yang lebih banyak tertumpu kepada soal cinta.
Boleh dikatakan, Sarah pernah dikaitkan dengan selebriti seperti Ismail Izzani, Ariff Bahran dan Andi Bernadee.
“Apa pun, saya selesa berkawan dengan golongan lelaki kerana mereka tak banyak drama.
“Lagipun saya memang seorang yang lasak, bayangkan sewaktu tingkatan empat, saya satu-satunya perempuan yang bawa motor ke sekolah,
” katanya yang turut rapat dengan Sissy Iman dan Wanie Kayrie.Foto – MH