Penerbit dan pengarah, Michael Ang dituntut untuk membayar semula RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd selepas dia didakwa gagal menunaikan perjanjian yang dimeterai kira-kira tiga tahun lalu.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua menerusi satu sidang media, hari ini.

Antara isi kandungan dalam dua kontrak berkenaan ialah jaminan Michael untuk memasukkan artis di bawah syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular.

Antara lain juga, artis di bawah pengurusan Armani dijadikan pelakon utama dan pelakon pembantu dalam drama terbitan syarikat sutradara itu.

“Kami sudah membayar RM250,000 tunai, manakala RM250,000 lagi adalah kos renovasi rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur yang dibayar menerusi program Fix It Til You Make It.

“Bagaimanapun Michael hanya melaksanakan tiga tugas yang terkandung dalam kontrak iaitu memasukkan sebuah runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri di enam lokasi.

“Perjanjian sudah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 tetapi sehingga kini, Michael tidak memenuhi tanggunjawab yang dijanjikannya,” katanya.

KK Chua menambah, pihaknya sudah menghubungi Michael selepas kontrak pertama gagal dipenuhi seterusnya berbincangan telah dibuat dan mereka menandatangani perjanjian kedua pada 2 September 2022.

“Disebabkan dia tidak dapat melakasanakan tanggungjawab dalam kontrak pertama, kami minta dia pulangkan semula wang dan Michael enggan berbuat demikian.

“Selepas memberi peluang kedua, pengarah tersebut masih gagal melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan seperti termaktub dalam kontrak.

“Jadi setelah mengambil kira pelbagai faktor, pihak kami telah menfailkan saman kepada Michael. Saya berharap pengalaman malang yang menimpa pihak Armani Entertainment boleh dijadikan peringatan untuk orang di luar sana supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Dalam sidang media itu, peguam KK Chua, Lim Zi  Hwei menerusi ZI & Associates memaklumkan kes pertama akan diadakan pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI