Alahai, kerana status habis rosak reputasi. Baru nak cipta nama dalam industri habis kena kecam dengan netizen.

Seorang rapper yang baru debut bersama kumpulan OGZ, Achillo, 12 tahun dihentam teruk apabila statusnya memanggil ketua grup BTS, RM sebagai terencat di laman media sosial miliknya.

Army mengamuk rookie rapper gelar BTS RM terencat!

Ads

Biasalah korean netizen ini kan, mereka lebih hebat daripada detektif sedangkan status tersebut ditulis sebelum Rapper Dynamic Duo, Gaeko berkoleberasi bersama RM dengan untuk lagu Elephant.

Ads

“Raja rap bertemu raja terencat? Apa akan jadi? saya hanya akan dengar part Gaeko sahaja,” tulisnya.

Setelah menerima kecaman daripada peminat BTS, Achillo cuba mempertahankan dirinya dengan membalas komen seorang haters.

Ads

“Sebagai peminat tentulah kamu akan rasa marah sebab panggilan tersebut. Maafkan saya tetapi, bukankan kamu sebenarnya yang tidak menghormati pandangan orang?

“Contoh tak hormat pandangan orang adalah: Kenapa minat RM? tak fahamlah…

“Sedangkan saya hanya memberikan pandangan saya mengenai kolaborasi antara RM dan Gaeko sahaja.

“Kamu rasa bagus ke mengata belakang orang? kalau ada tidak puas hati boleh respon di Facebook saya, tak perlulah nak buat semua ini.

“Lagi satu, kamu buat semua ini (hentam) untuk rasa bagus kah?” katanya.

 

Setakat ini, masih tiada apa-apa respon daripada pihak pengurusan Achillo, Starship Entertainment.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI