“Arrian Anak Kandung Hasil Perkahwinan Pertama, Yang Saya Tidak Kongsi…,”- Fatin Afeefa

Share

Baru-baru ini pelakon, Fateen Afeefa ada muat naik gambar di Instagram bersempena ulang tahun kelahiran anaknya, Adam Aisy Arrian yang keenam.

Entri tersebut mengundang persoalan ramai pihak yang keliru dengan status anaknya itu sedangkan Fatin hanya mengumumkan mengenai perkahwinannya bersama bekas suami, Adam Shahz beberapa tahun lalu.

Namun begitu, menerusi ruangan komen entri tersebut, Fatin akhirnya mendedahkan anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun itu adalah anak kandungnya dan bukanlah anak angkat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Katanya, anak tersebut adalah hasil perkahwinan pertamanya yang sengaja tidak diheboh-hebohkan sebelum ini.

“Arrian is from my first marriage which I don’t want to share with public (well noe the public knows, thanks to you) You can say whatever you want. I know the truth, Allah know the truth. May god bless you.

“Do your math la girl. Arrian is from my first marriage (i didn’t publicise), Arra from my second marriage (publicised). Wow you’re an expert about my life i see, Im amazed,” jawabnya.

Jelas pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan itu, dia tidak kisah apa yang ingin diperkatakn sesetengah pihak kerana menyifatkan Allah tahu tentang segalanya.

Foto: Instagram Fatin Afeefa

Published by
Aizam Manaf