Ibu kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim menempelak muzik video single anaknya, Kelepak Kelepuk Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menerusi video pendek yang dikongsi di Instagram, Rozita atau turut mesra disapa sebagai Bonda Rozita, mengingatkan anaknya yang berstatus bapa itu mengenai perasaan malu.
“Mak marah…kelepak kelepuk. Jangan nak acah-acah rayu Mak. Jangan cari Mak raya ni,” tulisnya pada ruangan komen.
Susulan respon yang dibuat Rozita, Aliff dilihat ada meninggalkan komen terhadap entri berkenaan.
“Saya tak faham mak. Apa salah saya? Pleaselah mak profesional sikit. Ni semua art,” tulisnya.
“Art taik anjing ko lahh,” jawab Rozita ringkas sambil disusuli ribuan tanda suka pada komen terbabit.
Terdahulu, video teaser muzik video lagu berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya kurang senang terhadap penampilan penari lelaki bersongkok yang menari dalam muzik video tersebut dengan mengenakan pakaian yang kurang bersesuaian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.