Mengejutkan apabila artis berstatus suami orang dan pasangannya, yang juga seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber Harian Metro seperti yang dipetik berkata, tangkapan berkenaan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Dakwa sumber terbabit, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.
Ads
“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.
Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula.
Ads
Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.
Ads
Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang Selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa Artis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan di bahagian bahunya, Sabtu lalu berjalan lancar.
Menurutnya, prosedur tersebut adalah pembedahan kedua selepas mengalami kecederaan lama ketika menolak kerusi roda jarak jauh dari Johor Bahru ke Putrajaya pada tahun 2003.
Pembedahan pertama telah dilakukan di bahu kanannya kira-kira dua tahun lalu.
“Syukur pembedahan menjahit semula ligamen dan otot bahu serta lengan kiri saya, Sabtu lalu, lancar. Ianya adalah pembedahan kedua selepas yang pertama dua tahun lalu di bahu kanan.
“Ini merupakan kecederaan lama, pabila saya menolak kerusi roda jarak jauh, dari Johor Baru ke Putrajaya, 490km pada 2003.
“Rehat sebentar dari sukan menembak. In Shaa Allah pulih nanti, akan saya kembali berlatih untuk mewakili negara,” tulis Ras Adiba pada ruangan kapsyen di Instagram.
Turut dikongsikan ialah foto hasil pembedahan yang dilakukan.
Pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada pihak yang menawarkannya watak tidak mengenakan tudung, meski bintang remaja itu sudah pun memilih untuk berhijab sejak berusia 11 tahun lagi.
Mia, 16, berkata, gara-gara tawaran sedemikian, dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan dengan cara baik hingga ada yang menyangka dirinya sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.
“Tidak saya nafikan apabila mula mengenakan tudung, tawaran yang datang kurang berbanding dulu. Malah baru-baru ini ada tawaran yang meminta saya untuk buka tudung setelah diberitahu mengenai karektor watak yang ditawarkan.
“Banyak perkara sedemikian berlaku lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan.
“Jadi bila jarang muncul di kaca televisyen, ada yang ingat saya sudah tidak berlakon lagi. Apa pun, saya harap mereka menghormati keputusan saya yang berhijab. Saya pakai tudung pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu, Mia ditemui pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Kembali aktif dalam seni lebih setahun lalu, bintang remaja ini juga optimis kerjasamanya bersama De’Xandra Youth mampu membuka peluang lebih besar bagi dirinya selepas ini.
“Saya gemar teroka dan cuba dunia baru. Semoga projek bersama De’Xandra ini dapat buka mata dan secara tak langsung memberitahu semua bahawa saya masih ada dalam industri.
“Malah, pihak mereka juga sudah merancang pelbagai perkara, misalnya menghasilkan muzik video dan sebagainya.
“Jadi itu antara sebab yang memanggil saya untuk bersama-sama selebriti lain terlibat dalam projek ini.
“Tidaklah orang kata saya hanya berlakon sahaja. Tapi juga ada perkara lain yang saya lakukan,” katanya yang turut aktif memuat naik video di YouTube.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi berpandangan jauh seterusnya mengharapkan agar segmen wangian terbaru ini mendapat tempat di kalangan pembeli sasarannya.
“Rangkaian ini memberi fokus kepada golongan remaja dan buat pertama kali, kami memperkenalkan siri wangian body mist yang mempunyai lima bauan berbeza.
“Idea menghasilkan body mist ini timbul selepas adanya permintaan daripada golongan berkenaan yang mahukan sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak mereka di bawah jenama kami,” katanya.
Selain Mia, empat duta lain yang turut sama dipilih ialah Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Koh Wen Wei.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!