
Setelah hampir 18 tahun bergelar seeorang pengarah, Azman Haji Yahya atau le Jinggo tidak menafikan segelintir selebriti disanjung tinggi meski pernah terpalit dengan isu kontroversi.
Suami kepada pelakon dan pengacara, Sheila Rusly ini turut menambah ada yang di antara mereka ini sememangnya memiliki kebolehan untuk melakonkan setiap watak yang diberikan dengan baik
Tambahnya lagi, situasi tersebut bukan lagi satu isu yang baru malah sudah pun berlaku sejak di awal pembabitannya dalam industri dunia lakonan tanah air.
“Zaman Tok Sidang dedulo, ramei gak artis artis di angkat sebab selalu terlibat dengan controversi cuma kebanyakan deme ni memang boleh berlakon bila di bagi watak,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Cindai ini berpendapat sektor industri seni yang lain mungkin turut pernah mengalami situasi yang sama, sebelum ini.
“Ohgang Peghrok kate very talented le gitu… tapi tu industri Tok Sidang le, Industri lain tak tau le…tapi rase rase nye Industri ni pon tak lame ni, kena ranjo gak ni, Ajernye Bajang deme ni…,” tulisnya lagi menerusi satu entri terkini di akaun Instagram miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
nbsp;
Foto: Instagram Jinggo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Hilang Di Hutan, Polis Indonesia Bongkar Penipuan Pempengaruh Malaysia. Hanya Lakonan Semata-Mata

Pencipta kandungan media sosial popular Malaysia, Ammar Nazhan dan Aras, mencetuskan kontroversi apabila mereka didapati sengaja mereka kisah kehilangan teman mereka, Eykaa, di sebuah hutan di Bandung.
Perbuatan ini dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian dan meningkatkan jumlah tontonan di media sosial dan menjadi perbualan hangat warganet.
Namun di sebalik kekacauan yang berlaku, penipuan mereka akhirnya terbongkar apabila pihak polis Indonesia menjalankan siasatan dan mengesahkan bahawa senario yang terjadi hanyalah rekaan semata-mata.
Menurut laporan KumparanNews, polis pada Khamis mengesahkan bahawa siasatan mereka mendapati tiada sebarang insiden kehilangan seperti yang didakwa.
“Keterangan Ammar dan Aras menunjukkan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut, RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu melalui TikTok dengan cerita sensasi bahawa pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal,” ujar Kepala Kepolisian Sektor Panyileukan, Kompol Kurnia.
Tambahnya lagi, kandungan tersebut dirancang dengan tujuan semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut tanpa menyedari bahawa tindakan mereka boleh membawa kesan undang-undang.
Polis menegaskan bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman berat terhadap penyebar berita palsu, apatah lagi jika ia mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh mengundang implikasi undang-undang kerana kandungan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa meskipun sudah diberikan kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” jelas Kurnia lagi.
Menurut laporan tersebut lagi, selepas siasatan, Ammar dan Aras akhirnya mengakui kesilapan yang dilakukan. Mereka meminta maaf kepada pihak polis dan mengeluarkan kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Disahkan Positif COVID-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi akaun Facebook rasmi mendedahkan beliau kini menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau bagaimanapun memaklumkan, keadaan kesihatannya ketika ini berada dalam keadaan baik.
“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” tulis status terbabit.
Sementara itu menerusi posting terkini sebentar tadi, Datuk Dr Zulkifli turut memohon ramai supaya mematuhi semua SOP (Standard Operating Procedure) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana berada.
“Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.
“Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya.
“Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini.
“Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Ada Hubungi Dia Untuk Bertanya. Berilah Dia Ruang, Kita Tidak Tahu Apa Sebenarnya,” – Saiful Apek

Pelawak dan pelakon Saiful Apek mendedahkan dirinya tidak tahu menahu mengenai kontroversi yang dipercayai melibatkan rakan baiknya, Lan Pet Pet yang tular sehinggalah diberitahu oleh pihak lain, baru-baru ini.
Apek, 51, berkata, dia juga tidak menghubungi sahabatnya itu bagi bertanyakan mengenai perkara tersebut secara terperinci.
“Saya tahu mengenai cerita tersebut pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi dia sebab saya kenal sahabat saya.
“Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui.
“Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatuh hukum’.
“Kami (Senario) ini dah macam ahli keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap,” katanya kepada MH.
Apek berkata demikian ketika ditemui pada Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 di Avenue Bangi Convention Centre, Selangor.
Tambah Apek, sepanjang mengenali Lan, dia tidak disifatkan sebagai seorang panas baran atau cepat melenting.
“Mungkin ada sesuatu yang ‘trigger’ dia bertindak di luar kawalan. Sebab saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh ‘haters’.
“Tetapi saya berjaya managed dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.
“Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri,” katanya lagi.
Terdahulu, sejak malam Ahad lalu, video lelaki mirip Lan Pet Pet yang didakwa memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial.
Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya itu, lelaki berkenaan dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.
Terkini, menerusi laporan Kosmo!, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pelakon dan pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berhubung satu insiden.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya juga telah terkesan satu video tular membabitkan seorang pelakon yang dirakam oleh orang awam di lokasi kejadian.
“Kejadian berlaku pada 1 Mei 2021 kira-kira pukul 6.30 petang dan menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan pelakon tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan.
“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat perselisihan faham di jalan raya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut Ashari, setakat ini pihaknya telah menerima laporan daripada pelakon tersebut berhubung kejadian namun semakan mendapati tiada menerima laporan daripada penunggang motosikal.
Dalam pada itu, pihak polis meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan orang ramai yang mempuyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI